ANAI-ANAI ialah sejenis
serangga perosak yang memakan kayu lalu merosakkan tiang, lantai, dinding
rumah, buku dan perabot rumah. Rupanya seakan-akan semut dan warnanya putih,
tetapi anai-anai bukanlah jenis semut. Badan anai-anai tidak bersayap berwarna putih
dan lembut. Ia juga mempunyai bahagian mulut dan sesungut.
Anai-anai hidup berkumpulan dengan
tiga kasta anai-anai iaitu raja dan ratu tugasnya membiak, anai-anai pekerja
mencari makan dan anai-anai askar bertugas mempertahankan kumpulannya apabila
diserang semut.
Raja dan ratu anai-anai ialah
anai-anai yang paling sempurna. Raja anai-anai bersayap dan warnanya kelabu,
mempunyai mata dan boleh melihat. Ratu anai-anai berabdomen besar, berwarna
kekuningan dan boleh membesar sehingga 4 sentimeter. Tugas ratu anai-anai ialah
mengeluarkan telur dengan banyaknya.
Kebanyakan daripada anak-anaknya
menjadi anai-anai pekerja, beberapa ekor menjadi askar dan yang lainnya menjadi
raja dan ratu. Anai-anai hidup di dalam sarang yang diperbuat daripada tanah,
yang disebut busut. Kadang-kadang busut ini boleh dibina setinggi melebihi dua
meter.
Masalah
Anai Anai
Masalah besar timbul jika rumah anda diserang anai anai. Anai-anai boleh
merosakkan perabut seperti almari, rak, dan juga pintu, pakaian, buku, dokumen,
pakaian, syiling, dinding rumah dan lain-lain lagi.
Perihal
mengenai anai-anai:
Sarang anai-anai adalah di dalam tanah kerana anai-anai suka
tempat yang lembab, dingin dan terlindung. Koloni anai-anai terdiri daripada
permaisuri, raja, pemangku permaisuri, pemangku raja, pekerja, tentera dan
peninjau. Jika permaisuri mati, pekerja lain boleh bertukar menjadi permaisuri
tetapi saiznya tidak besar seperti permaisuri asal. Pada musim tertentu
pemangku permaisuri dan pemangku raja akan tumbuh sayap dan dan terbang mencari
kawasan baru untuk membuat sarang baru.
Ubat anai-anai atau Racun anai
anai yang biasa ialah jenis cecair, biasanya digunakan di ladang-ladang. Jika
digunakan di dalam rumah, ia menghasilkan bau yang tidak menyenangkan malah
wapnya dikuatiri mendatangkan keburukan kepada kesihatan. Penggunaan racun ini
sekadar menghidarkan dari serangan anai-anai tersebut sahaja kerana ia membunuh
anai-anai yang terkena racun ini sahaja. Masih terdapat banyak lagi anai-anai
di dalam sarangnya. Ia menunggu masa dan keadaan sesuai untuk menyerang
kembali.
Salah satu cara lebih berkesan
ialah mengupah pembasmi anai-anai profesional. Belanjanya mahal sikit, boleh
mencecah seribu ringgit. Mereka akan mengepam racun anai-anai ke dalam tanah di
bawah rumah anda atau guna kotak umpan beracun untuk membunuh seluruh koloni anai
anai dan mencegahnya.
Rumah Idaman : Meracun Anai-anai pada
Pad Footing
AM melakukan Kerja-kerja Menyiram Racun Anai-Anai
Kali ini AM nak kongsikan Racun
Anai-anai yang AM gunakan
Setelah bertanya beberapa kedai
hardware dan kedai racun, AM telah memilih untuk menggunakan Racun Anai-anai
HUSKY 5SC yang secara khususnya digunakan untuk lading-ladang dan kebun.
Racun Anai-anai HUSKY 5SC
Kelebihan Racun Anai-anai HUSKY 5SC
adalah
- 500ml racun boleh dicampur dengan 500
liter air dan cukup banyak untuk menyiram lubang Pad Footing dan Beam Bawah
nanti.
- Racun ini juga tidak berbau setelah
dicampur dengan air.
- Racun ini tidak membunuh anai-anai
yang terkena sahaja, malah racun ini berfungsi juga seperti racun anai-anai
jenis umpan.
Arahan Racun Anai-anai
Harga bagi Racun Anai-anai HUSKY 5SC
adalah RM 65 setelah GST. Harga yang cukup berbaloi untuk dilaburkan daripada kita melakukan kerja-kerja menghapus anai-anai setelah rumah siap nanti.
Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!
