Sabtu, 19 Mac 2016

Rumah Idaman : Cabaran dan Dugaan

Membina rumah adalah impian dan harapan setiap antara kita. Hari ini kos untuk membeli rumah bungle siap dengan tanah adalah amat tinggi. Di Kelantan sahaja harga rumah bungle paling murah adalah RM 300 000 untuk setiap unit. Ini harga paling murah.

Bagaimana dengan kita yang tidak mempunyai kewangan sebanyak itu atau layak untuk meminjam sebanyak itu? Adakah kerajaan memantau atau masih lagi di ulit mimpi yang indah sedangkan rakyat di bawah bergelut mencari rezeki untuk menampung kehidupan yang semakin hari semakin membebankan.

Alhamdulillah…

Ayah AM telah mencadangkan kepada AM untuk membina rumah sendiri berhadapan rumah AM membesar selama 25 tahun yang lalu. Satu perkara yang ayah AM bisikkan kepada AM, “ Sampai bila nak tinggal rumah sewa?”.

Bayangkan kita membayar  RM 300/bulan untuk rumah sewa dan selama setahun berjumlah RM 3 600 setahun. Jumlah yang besar untuk dilaburkan tanpa pulangan.
Bincang dan terus bincang, akhirnya AM bersetuju dengan cadangan ayah Am.
Maka, bermulalah sebuah perjalanan membina Rumah Idaman AM.



Setelah banyak cabaran dan dugaan  yang dihadapi daripada plan rumah yang berubah hamper setiap minggu kerana kewangan dan luas tanah yang amat terhad.

Setelah banyak dugaan daripada pihak yang memberi pinjaman kepada AM kerana apa yang AM harapkan tak dapat hanya dapat sebahagian sahaja.

Dari permasalahan inilah membuat AM dan isteri terus berusaha dan berusaha untuk menyelesai segala cabaran ini.

Akhirnya, AM Berjaya juga mendapat pinjaman sebanyak RM 50 000 daripada pihak bank islam.

Berbekalkan dengan pinjaman itu AM memula langkah untuk membina rumah bersebelahan dengan rumah ayah AM.

Langkah yang pertama AM adalah melawat beberapa kedai hardware untuk meninjau harga pasaran semasa untuk besi dan simen.

Selama 2 minggu dan 6 kedai hardware, akhirnya AM putuskan untuk membeli besi dan simen dengan 2 kedai yang berbeza kerana harga yang sedikit berbeza.
Besi Y10 berharga RM 1 800/tan sebanyak 138 batang  dan Besi R6 berharga RM 5.20/batang dan AM membeli sebanyak sebanyak 80 batang. AM besi di kedai KTSB hardware.

Rumah Idaman : Cabaran dan Dugaan

Besi Y10 dan R6

Pada 19 Mac pula batu bersaiz 3/4 dan pasir telah dihantar ke tapak rumah AM. Disebabkan jalan yang sempit kerana ketamakan beberapa orang jiran di jalan hadapan telah memaksa AM untuk membawa bahan binaan dengan van sahaja.

Harga pasir untuk van tayar 6 adalah RM 130 dan batu bersaiz 3/4 pula adalah RM 330.

Simen pula berharga RM 18/ beg dengan syarat pembelian sebanyak 120 beg dalam 1 resit. Alhamdulillah, pihak hardware membenarkan AM menyimpan simen di kedai dahulu sehingga diperlukan. Simen AM beli di Man Trading.

Rumah Idaman : Cabaran dan Dugaan

Simen Yang Dihantar

Pembelian ini dilakukan seminggu sebelum CNY yang lepas. Hanya besi sahaja sampai ke rumah AM dan simen masih di kedai hardware.

Untuk memulakan membina rumah ini pelbagai dugaan yang AM kongsikan di atas adalah sebahagian daripadanya sahaja. Ada yang AM simpan untuk kenangan dan pengajaran buat diri AM sendiri.

Tanggal 18 Mac 2016, AM dan keluarga melakukan solat hajat di tapak rumah AM. Maaf gambar lupa nak ambil kerana majlis yang ringkas dan kehadiran ahli keluarga sahaja.


Tanggal 20 Mac 2016, bermula kerja-kerja membina rumah AM.. Baca disini Rumah Idaman :Hari Pertama

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon