Selasa, 22 Mac 2016

Rumah Idaman : Pad Footing

Alhamdulillah…


Hari ini Am nak kongsikan perkembangan hari ketiga pula..

Rumah Idaman : Hari Ke Tiga

Ruang yang ada untuk Parking kereta dan bahan binaan

Syukur sangat-sangat kerana hari ini banyak perkembangan yang cukup cepat dan tukang juga melakukan kerja membina dengan speed yang amat mengagumkan.

Sebelah pagi ini jengkaut telah melakukan kerja-kerja pembersihan tapak pembinaan dan juga kawasan sekitar rumah ayah AM. Dengan site rail yang telah dilakukan dan tukang juga telah menanda dimana pad footing yang perlu di gali olehnya.

Sebanyak 18 lubang Pad Footing telah dilakukan oleh jengkaut. Hanya 3 jam sahaja diperlukan oleh jengkaut untuk melakukan kerja pembersihan dan mengali lubang Pad Footing. Dengan kos RM 250.

Rumah Idaman : Hari Ke Tiga

Lubang Pad Footing yang telah disiapkan

Pada masa yang sama juga pihak pembekal simen juga telah menghantar simen sebanyak 80 beg. AM hanya minta 40 beg sahaja TAPI pihak pengurusan tersalah menghantar sebanyak 80 beg.

Rumah Idaman : Hari Ke Tiga
Simen yang telah dihantar oleh pihak pembekal

Sepanjang hari ini tukang hanya melakukan kerja-kerja mengisi lubang pad footing dengan simen.

Alhamdulillah, tukang melakukan kerja dengan cukup pantas kerana 9 lubang pad footing telah di isikan dengan simen. AM juga sempat menyiram racun anai-anai pada pad footing yang  telah diisi dengan simen. Berbaki dengan 9 lubang pad footing lagi untuk di isi dengan simen untuk hari esok.

Dibawah adalah gambar perkembangan hari ketiga..

Rumah Idaman : Hari Ke Tiga

Lubang Pad Footing yang belum diisi simen

Rumah Idaman : Hari Ke Tiga

Kerja-kerja mengisi simen di dalam lubang Pad Footing


Kerja-kerja mengisi simen pada Pad Footing


Rumah Idaman : Hari Ke Tiga

Pad Footing yang telah siap diisi simen


Rumah Idaman : Hari Ke Tiga

Lubang Pad Footing yang siap diisi simen


Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan hari ke empat pula esok..





Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon