Ahad, 20 Mac 2016

Rumah Idaman : Kerja Besi dan Bahan Binaan Asas

Alhamdulillah….

Sudah baca Rumah Idaman : Dugaan dan Cabaran ?

Syukur kepadaNya setelah berbulan merancang dan pelbagai dugaan yang di harungi..

Akhirnya kerja-kerja membina rumah dapat dimulakan hari ini tanggal 20 Mac 2016..


Rumah yang bakal AM bina  ini sekadar rumah yang sederhana sahaja kerana tanah ini milik ayah AM dan berhadapan dengan rumah AM membesar dahulu.

Tiada kata mahupun ucapan kepada ayah kerana sanggup memberi sedikit ruang kepada AM untuk membina rumah ini. Hanya doa dan sujud syukur kepadaNYa sahaja.

Keluasan rumah adalah 1170 kaki persegi sahaja. Dengan 4 bilik tidur dan 2 bilik air, bagi AM amat berbaloi dan agak besar juga kerana AM sekrang hanya bersama isteri sahaja.

Dengan modal membina rumah sebanyak RM 50 000 sahaja. Baget ini amat-amat kritikal bagi keluasan yang AM bayangkan.

Plan rumah pula disediakan juga oleh ayah AM sendiri. Alhamdulillah…

Tukang rumah pula disediakan oleh ayah AM juga.. AM hanya membayar sahaja.

Dengan persetujui tukang rumah dengan bayaran RM 21/ kaki persegi dan bayaran berdasarkan perkembangan pembinaan rumah dan juga baget yang sedia ada AM.

Pada tanggal 18 Mac 2016, AM dan keluarga telah melakukan solat hajat ditapak rumah AM. Gambar tak sempat nak ambil.


Disini AM sediakan kerja-kerja yang telah pada 20 Mac 2016.


Bahan Asas untuk membina rumah


Tukang mula melakukan kerja besi


Longkang untuk tiang footing


Bagi memudahkan kerja-kerja tukang rumah, AM telah membeli longkang untuk dijadikan tiang footing nanti.

Kerja-kerja bersambung pada hari keesokkan pula..

Rumah Idaman : Hari Kedua




Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon