Khamis, 24 Mac 2016

Rumah Idaman : Meracun Anai-anai

 ANAI-ANAI ialah sejenis serangga perosak yang memakan kayu lalu merosakkan tiang, lantai, dinding rumah, buku dan perabot rumah. Rupanya seakan-akan semut dan warnanya putih, tetapi anai-anai bukanlah jenis semut. Badan anai-anai tidak bersayap berwarna putih dan lembut. Ia juga mempunyai bahagian mulut dan sesungut.

Anai-anai hidup berkumpulan dengan tiga kasta anai-anai iaitu raja dan ratu tugasnya membiak, anai-anai pekerja mencari makan dan anai-anai askar bertugas mempertahankan kumpulannya apabila diserang semut.

Rumah Idaman : Meracun Anai-anai


Raja dan ratu anai-anai ialah anai-anai yang paling sempurna. Raja anai-anai bersayap dan warnanya kelabu, mempunyai mata dan boleh melihat. Ratu anai-anai berabdomen besar, berwarna kekuningan dan boleh membesar sehingga 4 sentimeter. Tugas ratu anai-anai ialah mengeluarkan telur dengan banyaknya.

Kebanyakan daripada anak-anaknya menjadi anai-anai pekerja, beberapa ekor menjadi askar dan yang lainnya menjadi raja dan ratu. Anai-anai hidup di dalam sarang yang diperbuat daripada tanah, yang disebut busut. Kadang-kadang busut ini boleh dibina setinggi melebihi dua meter.

Masalah Anai Anai

Masalah besar timbul jika rumah anda diserang anai anai. Anai-anai boleh merosakkan perabut seperti almari, rak, dan juga pintu, pakaian, buku, dokumen, pakaian, syiling, dinding rumah dan lain-lain lagi.

Perihal mengenai anai-anai:

Sarang anai-anai adalah di dalam tanah kerana anai-anai suka tempat yang lembab, dingin dan terlindung. Koloni anai-anai terdiri daripada permaisuri, raja, pemangku permaisuri, pemangku raja, pekerja, tentera dan peninjau. Jika permaisuri mati, pekerja lain boleh bertukar menjadi permaisuri tetapi saiznya tidak besar seperti permaisuri asal. Pada musim tertentu pemangku permaisuri dan pemangku raja akan tumbuh sayap dan dan terbang mencari kawasan baru untuk membuat sarang baru.

Ubat anai-anai atau Racun anai anai yang biasa ialah jenis cecair, biasanya digunakan di ladang-ladang. Jika digunakan di dalam rumah, ia menghasilkan bau yang tidak menyenangkan malah wapnya dikuatiri mendatangkan keburukan kepada kesihatan. Penggunaan racun ini sekadar menghidarkan dari serangan anai-anai tersebut sahaja kerana ia membunuh anai-anai yang terkena racun ini sahaja. Masih terdapat banyak lagi anai-anai di dalam sarangnya. Ia menunggu masa dan keadaan sesuai untuk menyerang kembali.

Salah satu cara lebih berkesan ialah mengupah pembasmi anai-anai profesional. Belanjanya mahal sikit, boleh mencecah seribu ringgit. Mereka akan mengepam racun anai-anai ke dalam tanah di bawah rumah anda atau guna kotak umpan beracun untuk membunuh seluruh koloni anai anai dan mencegahnya.

Rumah Idaman : Meracun Anai-anai pada Pad Footing

Seperti posting-posting AM sebelum ini Rumah Idaman : Hari Ke Tiga dan Rumah Idaman : Hari Ke Empat, telah AM lakukan kerja-kerja menyiram racun anai-anai pada Pad Footing yan telah siap disimen oleh tukang rumah.

Rumah Idaman : Meracun Anai-anai

AM melakukan Kerja-kerja Menyiram Racun Anai-Anai

Kali ini AM nak kongsikan Racun Anai-anai yang AM gunakan
Setelah bertanya beberapa kedai hardware dan kedai racun, AM telah memilih untuk menggunakan Racun Anai-anai HUSKY 5SC yang secara khususnya digunakan untuk lading-ladang dan kebun.

Rumah Idaman : Meracun Anai-anai

Racun Anai-anai HUSKY 5SC


Kelebihan Racun Anai-anai HUSKY 5SC adalah
  • 500ml racun boleh dicampur dengan 500 liter air dan cukup banyak untuk menyiram lubang Pad Footing dan Beam Bawah nanti.
  • Racun ini juga tidak berbau setelah dicampur dengan air.
  • Racun ini tidak membunuh anai-anai yang terkena sahaja, malah racun ini berfungsi juga seperti racun anai-anai jenis umpan.


Rumah Idaman : Meracun Anai-anai

Arahan Racun Anai-anai




Harga bagi Racun Anai-anai HUSKY 5SC adalah RM 65 setelah GST. Harga yang cukup berbaloi untuk dilaburkan daripada kita melakukan kerja-kerja menghapus anai-anai setelah rumah siap nanti.

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

6 comments

Tanpa Nama delete 23/10/17

Boleh saya tahu di mana encik beli racun anai-anai tu? Di tempat saya tiada racun seperti itu..

Saya tinggal di Kota Bharu..
Biasanya kedai hardware ada jual..

Tanpa Nama delete 11/3/18

saya nak beli racun ni call atau wssp saya 0166256661 zul

Maaf tuan...
Saya tak jual racun anai-anai..
Tuan boleh mencari di mana-mana kedai hardware berdekatan..

Saya naj beli racun anai anai..sila wasap saya 0136678111

Maaf tuan..saya bukan penjual..saya sekadar berkongsi pengalaman saya semasa membina rumah sahaja..mungkin tuan boleh mencari di kedai hardware mahupun kedai racum rumpai..


EmoticonEmoticon