Apabila
Allah telah takdirkan sesuatu kejadian maka terjadi la kejadian itu.. Kita
hanya mampu merancang tapi perancangan Allah adalah sebaik perancangan. Petang
31 Mac 2016 mencatat sejarah dalam hidup AM.
AM mengalami kecederaan yang tidak di duga. Kaffarah DariNya untuk diri AM
Kejadian ini
terjadi semasa AM hendak mengambil wuduk untuk bersolat asar. Mungkin kerana
kecuaian AM sendiri. AM telah terjatuh di dalam bilik air yang licin dan kaki
kanan AM telah terkena tiang rumah dan mengalami luka yang agak serius.
Alhamdulillah..
Isteri AM ada bersama dia beliau telah membaca AM ke hospital. Pihak hospital
pada awalnya hanya menjahit luka sahaya. TETAPI Tuhan masih lagi nak menguji
AM..
Keadaan jari kaki AM
Sebelah bawah jelas luka yang sedikit teruk
Selepas dijahit oleh doktor
Apabila
selesai rawatan luka iaitu 3 jahitan pada kulit antara jari ke2 dan ke3. Jari
ke3 AM pula tidak dapat digerak dengan sempurna sebelum ini dan juga jarak
antara kaki ke 3 dan ke4 pula cukup dekat.
AM
dibenarkan balik dahulu TETAPI temujanji dengan doctor pakar tulang pula pada 3
Mei 2016.
Semasa
temujanji dengan doctor pakar pula, AM telah melakukan X-tray pada kaki yang
tercedera. Keputusan X-tray juga amat MENGEJUTKAN AM dan isteri.
Doktor telah
mengesahkan tulang pada jari kaki ke3 AM telah PATAH dan jari kaki ke4 pula
mempunyai serpihan tulang kesan dari impak AM jatuh. Selain itu, jari ke5 AM
juga mengalami sedikit ketumbuhan tulang yang abnormal.
Abnormal
adalah kesan daripada kegiatan AM semasa remaja dahulu iaitu sepanjang tahun
1999 sehingga 2008. Kejadian ini pula terjadi pada tahun 2005 semasa AM sedang
menjalani latihan untuk mewakili negeri PERLIS untuk KEJOHANAN SENI BELA DIRI
PERINGKAT KEBANGSAAN di Negeri JOHOR.
AM telah
mengalami rasa kesakitana pada kaki kanan disebabkan latihan yang berterusan
dan extreme. Kesakitan ini AM telah pendam selama 10 tahun dan menyebabkan
ketumbuhan tulang yang abnormal pada jari ke5 AM.
Berbalik
kepada kecederaan yang asal.. Doktor telah mencadangkan AM menjalani pembedahan
untuk memasukkan dawai pada jari ke 3 dan ke4.. Manakala untuk jari ke5 pula doctor
akan melakukan pembedahan untuk membuang tulang yang abnormal.
Gelang kenangan masuk wad
Senyum sebelum masuk wad
Tanda awal apabila nak masuk wad
Pembedahan
telah dilakukan pada 4 Mei 2015. Pagi tersebut AM telah dikunjungi oleh doctor pakat
bius untuk melihat kesihatan dan fizikal AM. Doktor telah mencadangkan Bius
Spinal iaitu bis\us separuh badan sahaja. Ubat bius pula akan dicucuk pada
tulang belakang.
Mengambil masa selama 2 jam 30 minit untuk melakukan
pembedahan ini. Dengan 3 jari yang perlu dilakukan pembedahan imi AM merasakan masa berlalu cukup pantas. Sepanjang pembedahan ini AM boleh mendengar dan melihat apa yang doktor telah lakukan.
Untuk jari kaki ke3 dan ke4, doktor terus memasukkan dawai pada jari kaki tanpa sebarang pembedahan. Agak ngeri tapi itu la yang terjadi kepada AM. Hanya tulang yang abnormal sahaja doktor telah melakukan sedikit pembedahan.
Selepas pembedahan ini juga doktor telah menasihatkan AM supaya tidak bangun selama 6jam untuk menstabilkan bius.
Untuk jari kaki ke3 dan ke4, doktor terus memasukkan dawai pada jari kaki tanpa sebarang pembedahan. Agak ngeri tapi itu la yang terjadi kepada AM. Hanya tulang yang abnormal sahaja doktor telah melakukan sedikit pembedahan.
Selepas pembedahan ini juga doktor telah menasihatkan AM supaya tidak bangun selama 6jam untuk menstabilkan bius.
Selepas pembedahan
Selama 2
minggu AM telah berehat di rumah mak mentua dan dijaga dengan cukup baik dan
rapi. Alhamdulillah.. Janji ALLAH itu pasti, apabila kita mungkin masih
berusaha untuk mendapat anak tetapi sukar, ALLAH telah memberi mak mentua yang
cukup baik..
Luka pembedahan
Luka pembedahan
Selepas 2
minggu AM masih ada temujanji dengan doctor pakat tulang di hospital. Pembalut
luka telah dibuka dan benang jahitan pada luka pembedahan juga dibuang. Semasa
proses membuang benang ini hanya ALLAH sahaja tahu kesakitan yang dialami. Bukan kerana luka
tapi kerana jahitan yang kemas dan tempat yang sukar. Sijil sakit juga telah
disambung sehingga 17 Mei 2016. Bercuti panjang la AM kali ini.
AM juga mula
berjalan menggunakan tumit kaki sahaja pada kaki sebelah kanan ini. Kesakitan yang
dialami tidaklah begitu menyakitkan tapi rasa gatal memang ada.
Bab
penjagaan makan juga amat-amay di ambil berat oleh isteri dan mak mertua AM.
Mereka yang banyak membantu menyediakan makan dan minum.
Paling win
adalah segala makanan yang penyebab gatal memang AM sekadar tengok sahaja.
Sehingga ini AM masih lagi berpantang dengan telur, ayam dan makan laut
penyebab gatal.
Mungkin
ramai yang akan cakap AM melebih-lebih bab pantang TAPI bagi AM sakit hanya AM
yang tanggung baik kita berigat dari merasa sakit yang berterusan.