Ahad, 10 April 2016

10 Amalan Untuk Kaya dan Rezeki Yang Melimpah

 Ramai di anatara kita yang selalu mengeluh bahawa Rezeki sentiasa tidak cukup dan sentiasa ketiadaan wang untuk perbelanjaan harian. Ditambah pula dengan kegawatan ekonomi sekarang menambah lagi beban. 

10 Amalan Untuk Kaya dan Rezeki Yang Melimpah

Di bawah adalah perkongsian dari seorang Ustaz untuk sama-sama kita amalkan untuk menambah rezeki kita semua. Apa yang penting adalah USAHA yang berterusan.

1. Rutinkan solat berjamaah di masjid dan tepat waktu

2. Rutinkan solat tahajud 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat

3. Baca Surah "Al Waqiah"

4. Rutinkan solat dhuha

5. Baca zikir sesudah solat . "Ya Fattah ya Razaak " 11 kali, dilanjutkan dengan membaca ayat kursi 1 kali dan Surah Al Ikhlas 3 kali. Rutinkan setiap selesai solat. Khusus selesai solat subuh dan ashar ditambah dengan membaca 4 ayat terakhir Surah Al Hasyr.

6. Rutin membaca zikir ini
"Laa hawla wala quwwata illaa billah " sebanyak 300 kali, boleh juga 100 kali setiap hari dan boleh dibagi membacanya setelah solat fardhu (100 / 5 = 20 kali di setiap selesai solat fardhu).

7. Rutin mohon ampun
Bacalah istighfar sebanyak 100 kali setiap hari. Karena boleh saja setiap hari kita berbuat dosa yang kita sedari atau pun tidak.

8. Rutin membaca zikir pagi dan petang.
Jangan lupa setiap hari membaca "subhanallahi wabihamdihii subhanallahil adzhiem" 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang. Boleh dilakukan habis solat dhuha dan setelah melakukan ibadah solat ashar atau menjelang magrib

9. Rutin baca yasin
Rutinkan membaca surah ke 36 dari Al Quran ini, waktunya bebas, lakukan bila bila saja dan baca sebanyak 1 kali setiap hari.

10. Tutup malam dengan solat sunat 2 rakaat
Begitu mengantuk pun jangan terus tidur tapi lakukan solat sunat 2 rakaat sebelum tidur, baca Surah Al Kafiruun di rakaat pertama dan Al Ikhlas di rakaat kedua. Setelah itu jangan lupa membaca Surah As Sajdah, Al Mulk atau Ar Rahman (pilih salah satu).

Lakukan 10 amalan ini rutin selama 40 hari. Bagi wanita yang sedang haid boleh berhenti sejenak dan melanjutkan setelah suci. Niatkan dan mohonkan rezeki yang banyak dan bermanfaat untuk diri dan orang lain. Jika setelah 40 hari masih ingin dilanjutkan silakan. Jika sudah menjadi kebiasaan boleh menjadi ladang pahala buat kita. Wallahu alam.


Credit : ustaz yusuf mansur


Panduan bermain Saham di Malaysia. Semoga bermanfaat kepada semua..

Artikel Terkait

4 comments

subahanallah....info yang sangat berguna..dan amalan ini bukan saja untuk didunia..tetapi ia juga akan menyebabkan kita kaya diakhirat....

Thank you for the sharing.. ^_^

Betul..saya juga bersepedapat dengan tuan


EmoticonEmoticon