Selasa, 19 April 2016

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh

Apabila Allah telah takdirkan sesuatu kejadian maka terjadi la kejadian itu.. Kita hanya mampu merancang tapi perancangan Allah adalah sebaik perancangan. Petang 31 Mac 2016 mencatat sejarah dalam hidup AM.

AM mengalami kecederaan yang tidak di duga. Kaffarah DariNya untuk diri AM
Kejadian ini terjadi semasa AM hendak mengambil wuduk untuk bersolat asar. Mungkin kerana kecuaian AM sendiri. AM telah terjatuh di dalam bilik air yang licin dan kaki kanan AM telah terkena tiang rumah dan mengalami luka yang agak serius.
Alhamdulillah.. Isteri AM ada bersama dia beliau telah membaca AM ke hospital. Pihak hospital pada awalnya hanya menjahit luka sahaya. TETAPI Tuhan masih lagi nak menguji AM..

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh

Keadaan jari kaki AM

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh

Sebelah bawah jelas luka yang sedikit teruk

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh
Selepas dijahit oleh doktor

Apabila selesai rawatan luka iaitu 3 jahitan pada kulit antara jari ke2 dan ke3. Jari ke3 AM pula tidak dapat digerak dengan sempurna sebelum ini dan juga jarak antara kaki ke 3 dan ke4 pula cukup dekat.

AM dibenarkan balik dahulu TETAPI temujanji dengan doctor pakar tulang pula pada 3 Mei 2016.

Semasa temujanji dengan doctor pakar pula, AM telah melakukan X-tray pada kaki yang tercedera. Keputusan X-tray juga amat MENGEJUTKAN AM dan isteri.
Doktor telah mengesahkan tulang pada jari kaki ke3 AM telah PATAH dan jari kaki ke4 pula mempunyai serpihan tulang kesan dari impak AM jatuh. Selain itu, jari ke5 AM juga mengalami sedikit ketumbuhan tulang yang abnormal.

Abnormal adalah kesan daripada kegiatan AM semasa remaja dahulu iaitu sepanjang tahun 1999 sehingga 2008. Kejadian ini pula terjadi pada tahun 2005 semasa AM sedang menjalani latihan untuk mewakili negeri PERLIS untuk KEJOHANAN SENI BELA DIRI PERINGKAT KEBANGSAAN di Negeri JOHOR.

AM telah mengalami rasa kesakitana pada kaki kanan disebabkan latihan yang berterusan dan extreme. Kesakitan ini AM telah pendam selama 10 tahun dan menyebabkan ketumbuhan tulang yang abnormal pada jari ke5 AM.

Berbalik kepada kecederaan yang asal.. Doktor telah mencadangkan AM menjalani pembedahan untuk memasukkan dawai pada jari ke 3 dan ke4.. Manakala untuk jari ke5 pula doctor akan melakukan pembedahan untuk membuang tulang yang abnormal.

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh
Gelang kenangan masuk wad

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh
Senyum sebelum masuk wad

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh
Tanda awal apabila nak masuk wad


Pembedahan telah dilakukan pada 4 Mei 2015. Pagi tersebut AM telah dikunjungi oleh doctor pakat bius untuk melihat kesihatan dan fizikal AM. Doktor telah mencadangkan Bius Spinal iaitu bis\us separuh badan sahaja. Ubat bius pula akan dicucuk pada tulang belakang. 

Mengambil masa selama 2 jam 30 minit untuk melakukan pembedahan ini. Dengan 3 jari yang perlu dilakukan pembedahan imi AM merasakan masa berlalu cukup pantas. Sepanjang pembedahan ini AM boleh mendengar dan melihat apa yang doktor telah lakukan. 

Untuk jari kaki ke3 dan ke4, doktor terus memasukkan dawai pada jari kaki tanpa sebarang pembedahan. Agak ngeri tapi itu la yang terjadi kepada AM. Hanya tulang yang abnormal sahaja doktor telah melakukan sedikit pembedahan. 

Selepas pembedahan ini juga doktor telah menasihatkan AM supaya tidak bangun selama 6jam untuk menstabilkan bius.

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh
Selepas pembedahan

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh

Selama 2 minggu AM telah berehat di rumah mak mentua dan dijaga dengan cukup baik dan rapi. Alhamdulillah.. Janji ALLAH itu pasti, apabila kita mungkin masih berusaha untuk mendapat anak tetapi sukar, ALLAH telah memberi mak mentua yang cukup baik..

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh
Luka pembedahan

Kaffarah DariNya.. Banyak yang tertangguh
Luka pembedahan

Selepas 2 minggu AM masih ada temujanji dengan doctor pakat tulang di hospital. Pembalut luka telah dibuka dan benang jahitan pada luka pembedahan juga dibuang. Semasa proses membuang benang ini hanya ALLAH sahaja tahu  kesakitan yang dialami. Bukan kerana luka tapi kerana jahitan yang kemas dan tempat yang sukar. Sijil sakit juga telah disambung sehingga 17 Mei 2016. Bercuti panjang la AM kali ini.

AM juga mula berjalan menggunakan tumit kaki sahaja pada kaki sebelah kanan ini. Kesakitan yang dialami tidaklah begitu menyakitkan tapi rasa gatal memang ada.
Bab penjagaan makan juga amat-amay di ambil berat oleh isteri dan mak mertua AM. Mereka yang banyak membantu menyediakan makan dan minum.

Paling win adalah segala makanan yang penyebab gatal memang AM sekadar tengok sahaja. Sehingga ini AM masih lagi berpantang dengan telur, ayam dan makan laut penyebab gatal.

Mungkin ramai yang akan cakap AM melebih-lebih bab pantang TAPI bagi AM sakit hanya AM yang tanggung baik kita berigat dari merasa sakit yang berterusan.


Artikel Terkait


EmoticonEmoticon