Sabtu, 2 April 2016

Mendirikan Tiang Rumah

Alhamdulillah…

Khamis sudah berlalu dengan pembayaran gaji pekerja dan kerja-kerja menambung tapak Rumah Idaman AM. BACA DISINI

Hari ini bermula kerja-kerja mendirikan tiang rumah AM pula.. Dengan bahan yang sedikit terhad iaitu papan plywood bersaiz 12mm sebanyak 4 keping. Sebanyak 4 kotak tiang berjaya dibuat oleh tukang rumah.

Besi untuk tiang rumah telah dibuat awal seminggu dari hari ini, maka kerja-kerja mendirikan tiang rumah menjadi semakin senang dan cepat. Tukang rumah juga bekerja dengan tekun dan bersungguh untuk mengejar masa sebelum Ramadan.

Mendirikan Tiang Rumah
Tiang Rumah AM

Mendirikan Tiang Rumah
Tiang Rumah AM


Dengan pekerja seramai 4 orang, kerja-kerja mendirikan tiang menjadi cepat dan tukang juga mula melakukan kerja mengikat bata untuk dinding rumah.

2 kerja dalam 1 masa menjadikan perjalanan pembinaan rumah AM menjadi semakin pantas walaupun AM mengalami sedikit Kafarah dariNya. BACA DISINI


Dalam masa yang sama juga kerja-kerja menanam tangki septic dan kerek telaga juga berjalan dengan serentak. Untuk kerja-kerja ini AM terpaksa meminta bantuan dari sahabat AM untuk memantau kerja-kerja ini. Boleh BACA DISINI

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

4 comments

Rumah raya ke along ? Singgah isi tabung along :D

Tak sempat untuk raya puasa..Insyallah raya korban mungkin sempat la kot..


EmoticonEmoticon