Sabtu, 14 Mei 2016

Elephant Roof Tile : Siap sepenuhnya

Alhamdulillah..

Minggu ke lapan sudah projek Rumah Idaman AM berjalan. Dan hari ini dengan rasminya bumbung rumah AM siap dipasang sepenuhnya..Teduh sudah rumah AM.
Masa yang diambil untuk kerja-kerja pemasangan ini agak lama berbanding dengan pemasangan yang biasa tukang lakukan. Seminggu hanya untuk kerja pemasangan atap sahaja. Apa boleh buat apabila nak bermulanya projek Rumah Idaman AM ini, AM dah siap tanya tukang adakah mampu untuk memasang Elephant Roof Tile? Tukang sudah bersetuju.


Elephant Roof Tile : Siap sepenuhnya
Siap Pemasangan Atap


Satu cabaran yang agak besar untuk AM dan tukang untuk memulakan pemasangan atap ini kerana masing-masing tidak mempunyai pengalaman dalam kerja pemasangan Elephant Roof Tile ini. Atap ini juga merupakan atap baru di pasaran Malaysia dan diperbuat di Negara Thailand.

Harga yang murah dan penjimatan untuk kerja-kerja kekuda dan bahan untuk bumbung rumah menjadi pilihan yang tepat untuk AM menggunakan Elephant Roof Tile ini. AM juga memdapat bantuan teknikal daripada pihak pembekal Elephant Roof Tile ini yang sudi datang ke tapak projek Rumah Idaman AM sendiri.

Bantuan teknikal ini banyak membantu tukang dan pekerja untuk memahami proses kerja pemasangan ini yang melibat kerja-kerja memotong atap, menyangkut atap dan sebagainya. Pengalaman baru buat tukang dan AM sendiri. Nasihat AM, jika berminat menggunakan Elephant Roof Tile, sila dapatkan tukang yang berpegalaman atau tukang yang boleh dibawa berbincang jika tidak tahu.

Sejujurnya Elephant Roof Tile adalah SUKAR untuk dipasang dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Dibawah adalah gambar-gambar yang sempat AM ambil untuk kerja pemasangan Elephant Roof Tile ini.

Elephant Roof Tile : Siap sepenuhnya
kerja-kerja memotong atap

Elephant Roof Tile : Siap sepenuhnya
Kerja-kerja mengukur atap untuk dipotong

Elephant Roof Tile : Siap sepenuhnya
Kerja-kerja memasang atap

Elephant Roof Tile : Siap sepenuhnya
Kerja-kerja memasang atap rumah AM


Nota :

Sesiapa yang berada di sekitar Kota Bharu atau negeri Kelantan yang berhajat membina rumah boleh hubungi AM untuk mendapat khimat tukang rumah AM ini. Harga boleh dibawa berbincang dan beliau adalah seorang yang berpengalaman dalam membina rumah dan bangunan.

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon