Isnin, 9 Mei 2016

Kerja Awal Pendawaian Elektrik

Alhamdulillah…

Hari ini perkembangan pembinaan Rumah Idaman Am berjalan dengan lancer dan baik.

Untuk hari ini.. 2 kumpulan telah bekerja dengan gigih dan bersemangat sekali. Kumpulan pertama adalah tukang rumah dan kumpulan yang kedua pula sahabat AM sendiri.

Tukang rumah juga telah menyiapkan pemasangan Elephant Roof untuk satu bahagian rumah yang tertangguh semalam. Boleh rujuk DISINI.

Hari ini tukang telah menyiapkan pemasangan Smart Wood pada sisi rumah AM dan kerja-kerja memasang “kayu panjang” untuk kerja-kerja pemasangan atap juga telah berjalan dengan baik sekali.

Kerja Awal Pendawaian Elektrik
Tukang menyiapkan kerja pemasangan atap

Pagi ini juga barang yang AM order pada semalam juga telah sampai untuk kerja-kerja siling bagi kaki lima rumah.

Kali ini AM terpaksa meminta bantuan sahabat AM untuk melakukan kerja-kerja menanam paip pendawaian elektrik untuk sistem pendawaian elektrik rumah AM nanti.

Sahabat AM ini bukan sehari ataupun setahun kenal tetapi sudah mengenali beliau dari bangku sekolah menengah lagi. Sehingga kini kami sentiasa saling membantu antara sama lain. Segala rahsia AM dia pun tahu dan begitu juga dengan AM.

Berbalik kepada pendawaian elektrik pula, AM dah siap2 aturkan semua suis dan lampu untuk rumah AM. Apa yang bermasalah adalah NAFSU yang tak dapat nak dielakkan apabila kita mampu dan bercadang untuk membuat pendawaian sendiri. AM boleh melakukan pendawaian elektrik untuk rumah mahupun bangunan ini kerana AM pernah menjalani latihan amali semasa belajar di politeknik dahulu.

Hari ini pertambahan point lampu dan pengubahsuaian kedudukan suis dan beberapa point penghawa dingin telah ditambah. Alhamdulillah, sahabat AM memahami kehendak AM. 

Kerja Awal Pendawaian Elektrik
Pendawaian ruang dapur

Kerja Awal Pendawaian Elektrik
Paip pendawaian ruang keluarga

Kerja Awal Pendawaian Elektrik
Paip pendawaian ruang tetamu

Kerja Awal Pendawaian Elektrik
Parit untuk paip fius utama

Bertambahan point ini akan menjadikan peningkatan kos untuk kerja-kerja pendawaian elektrik nanti. Apa pun lebih baik kita bersedia dari awal selagi mana tukang belum lagi melakukan kerja plaster pada dinding rumah untuk mengelakkan sebarang kerja pendawaian di luar dinding yang akan mencacatkan pemandangan rumah nanti.



Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon