Selasa, 17 Mei 2016

Kerja-kerja Plaster Dinding Rumah

Alhamdulillah…

Projek RumahIdaman AM sudah masuk fasa baru sekarang. Semua bumbung siap dipasang minggu lepas. Boleh baca DISINI..

Untuk fasa seterusnya pula adalah kerja-kerja plaster dinding Rumah Idaman AM. Kerja-kerja ini di jangka memakan masa selama 2 minggu untuk plaster sebelah dalam sahaja. Ini kerana tukang rumah yang betul-betul mahir plaster dinding adalah seorang sahaja. 2 orang tukang lagi masih dalam peringkat pembelajaran dan tahap keyakinan mereka masih kurang menyakinkan ketua tukang mereka.

Kerja-kerja Plaster Dinding Rumah
Kerja plaster dinding


Secara kasar apa yang kita lihat adalah cukup mudah bagi kerja-kerja plaster dinding ini kerana mereka bekerja di bahagian dalam rumah yang telah berbumbung.

TAPI….

Kerja-kerja Plaster Dinding Rumah
Kerja membasah dinding


Kerja-kerja mereka sebenarnya berlipak kali ganda dari kerja-kerja mendirikan dinding rumah. Kerja-kerja plaster melibatkan beberapa langkah yang penting dan teliti. Apa tidaknya jika kerja-kerja ini diambil mudah pasti hasil nanti adalah teruk dan memalukan tuan rumah juga. Kerja-kerja plaster adalah kerja akhir bagi sesebuah dinding rumah.

Sebelum bermula kerja-kerja plaster dinding ini. Dinding perlu dibasahkan untuk melembapkan bata-bata untuk mengelakkan simen plaster menjadi cepat keras sebelum dapat melakukan kerja pembetulan pada plaster nanti.

Bermula daripada kerja-kerja membancuh simen dan pasir plaster mengikut nisbah yang betul dan bancuhan yang tepat akan memudah kerja-kerja tukang plaster nanti.

Kerja-kerja Plaster Dinding Rumah
Bancuhan simen plaster

Selepas itu, kerja-kerja awal menampal plaster tadi di dinding secara kasar dan di ikuti dengan kerja-kerja membetulkan semua tempat dengan plaster. Dengan menggunakan “kayu panjang” mereka dapat mengawal jumlah plaster adalah sekata bagi setiap ruang yang di plaster.

Kerja-kerja Plaster Dinding Rumah
Kerja-kerja plaster dinding


Sesudah itu kerja membetulkan semua plaster dan memberi sentuhan akhir pada dinding dengan menggunakan span basah untuk melicinkan lebihan plaster pada dinding.

Kerja-kerja Plaster Dinding Rumah
Kerja plaster dinding


Ini adalah secara ringkas yang AM perhatikan daripada kerja-kerja yang tukang rumah lakukan. AM berpeluang melihat dan memerhati kerja-kerja mereka selama seminggu dua ini kerana AM masih lagi dalam mood bercuti kerana masalah kaki AM. Boleh baca DISINI..



Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon