Ahad, 8 Mei 2016

Pemasangan Atap : Elephant Roof Tile

Alhamdulillah..

Sepanjang bulan April 2016 AM terpaksa berehat panjang kerana kecederaan pada jari kaki ke3 dan ke4 AM yang patah.. Boleh baca cerita mengenai Kaffarah dariNya.

Hari ini AM sedikit berpeluang dan bersemangat kembali untuk update perkembangan pembinaan Rumah Idaman AM. Syukur Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar walaupun AM tidak balik melawat ke tapak projek.

Hari ini genap 45 hari AM membina Rumah Idaman. Paling mengembirakan AM adalah kerja-kerja membina dinding dan beam atas telah siap.

Minggu lepas tukang rumah telah menyiapkan kekuda rumah AM dengan menggunakan besi Channel dan besi Batten untuk Atap. AM akan kongsikan kelebihan dan kekurangan penggunaan besi dan kayu untuk kekuda rumah.

Perkembangan hari ini adalah tukang telah memasang atap rumah AM dan pemilihan atap rumah juga agak menarik untuk AM kongsikan nanti. InsyAllah nanti AM akan kongsikan.

Dibawah adalah gambar yang sempat AM ambil pada pagi tadi. Boleh dijadikan rujukan kita semua.


Pemasangan Atap : Elephant Roof Tile
Tukang sedang memasang atap

Pemasangan Atap : Elephant Roof Tile
Tukang sedang memasang atap

Pemasangan Atap : Elephant Roof Tile
Gambar di dalam rumah AM

Pemasangan Atap : Elephant Roof Tile
Kerja memotong atap yang lebih

Pemasangan Atap : Elephant Roof Tile
Kerja mengukur atap untuk dipotong


Pemasangan Atap : Elephant Roof Tile
Penyangkut Atap

Pemasangan Atap : Elephant Roof Tile
Penyangkut Atap siap dicelup cat


Atap yang digunakan adalah Elephant Roof Tile ( cocoa ) dari Akubig Sdn. Bhd boleh rujuk DISINI untuk maklumat lanjut mengenai atap AM gunakan.

Pemasangan Atap : Elephant Roof Tile
 Elephant Roof Tile


Semoga perkongsian ini dapat memberi inpirasi dan semangat kepada kita semua untuk membina Rumah Idaman.


*Update : Harga besi pada 8/5/2016 adalah RM 2700/tan metrik

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

2 comments

Jarak kekuda berapa kaki tuan? Tebal c truss 0.75mm atau 1mm?

Wasalam tuan..
Maaf tuan saya lupa sudah ketebalan c truss..
jarak kekuda jika tidak silap saya 4 kaki


EmoticonEmoticon