Alhamdulillah…
Semalam AM
ada kongsi Cat Nippon Momenton Elegant. Semalam juga sempat AM pulang sekejap
melawat Rumah Idaman AM.
Bingkai Tingkap SIAP..
Berjumpa dan
berbicang dengan tukang rumah. Ada beberapa perkara yang memerlukan perhatian
kerana sekarang merupakan kerja-kerja kemasan peringkat akhir sudah Rumah Idaman AM.
Sebelum ini
juga AM ada kongsikan mengenai kerja-kerja pemasangan siling kapur, DISINI.
Ada beberapa
isu yang AM sedikit terkilan dengan hasil kerja tukang untuk kerja pemasangan
siling kapur ini. Bukan salah tukang juga tetapi disebabkan beberapa pekerja
yang kurang mahir membuat ada sedikit kesilapan yang tak diduga oleh AM mahupun
tukang rumah sediri. Perkara boleh diselesaikan. Tak ada masalah besar pun.
Selesai
masalah siling kapur dan tukang berjanji untuk menyelesaikan permasalahan ini
dalam minggu ini. Insyallah sama-sama kita melihat hasilnya nanti.
Sempat juga
AM meninjau-ninjau kerja-kerja sentuhan akhir pada Rumah Idaman AM semalam.
Tukang telah menyiapkan bingkai tingkap untuk memberi sedikit kelainan kepada
Rumah Idaman AM.
Lebar
bingkai adalah 5 inci sahaja dan tinggi adalah 0.5inci. Dibawah adalah gambar
yang sempat AM ambil untuk rujukan sahabat AM semua.
Ukurang Bingkai Tingkap
Tukang menyiapkan bingkai tingkap
Ukuran Bingkai Tingkap
Ukuran Bingkai yang siap
Semoga
perkongsian yang sedikit ini member manfaat kepada sahabat semua..
Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!
