Ahad, 26 Jun 2016

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading

Alhamdulillah..

Rezeki di bulan Ramadan yang mulia ini. AM ada menyertai satu peraduan dalam facebook daripada sebuah kedai cat di Kota Bharu.

Bermula dengan sekadar suka-suka sahaja menyertai tapi rezeki kita tiada siapa yang tahu selain dariNya.

Peraduan share dan tag kawan-kawan daripada #hontrading berlangsung selama 10 hari sahaja bermula dengan 9/6/2016 sehingga 19/6/2016.

Hon Trading adalah pengedar cat Nippon, Dulux, dan SKK. Selain cat ada juga barang-barang lain yang berkualiti dan comel-comel.

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading
Hon Trading


Sebelum ini AM pernah menguruskan beberapa peraduan yang hampir sama dengan peraduan yang AM sertai kali ini.

RAHSIA adalah ….

Share dan tag sebanyak yang mungkin posting daripada page atau posting penganjur ini kerana tindakan itu member gambaran bahawa kita serius dan bersungguh-sungguh untuk menang.

AM telah share sebanyak yang mungkin sekurang-kurangnya sekali sehari di dalam facebook AM sendiri. Ada juga kawan-kawan yang menjadi mangsa AM di tag di dalam peraduan tersebut.

HADIAH..

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading
Senyum..Bila dapat hadiah

Nippon Momento Elegnant…

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading
Nippon Momenton Elegant

Untuk pemilihan warna dan corak AM telah meminta isteri tercinta yang memilih. Ini kerana kami bakal menduduki Rumah Idaman tidak lama lagi. Tidak la sebanyak mana yang dapat, cukup untuk 1 ruang TV di Rumah Idaman.

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading
Seduction

Isteri telah memilih warna Seduction. Pilihan yang amat sesuai untuk ruang TV nanti apabila digabung dengan siling kapur bertingkat dan lampu LED pula.

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading
Isteri sedang memilih warna cat

Untuk cat Nippon Momenton Elengant ini, agak susah sedikit untuk dicatkan kerana mempunyai 2 cat yang berbeza.

Untuk lapisan pertama dan kedua adalah cat primer iaitu cat asas sebanyak 2 lapisan. Untuk hasil yang cantik dan elegen, cat yang kedua iaitu cat elegant base sebanyak 1 lapisan.

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading
Cat Primer Momento

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading
Cat Elegant Base

Nippon Momenton Elegant Hadiah dari Hon Trading
Tools Untuk Cat Elegant

Setelah hamper kering cat elengant base ini, perlu 1 tools yang khas untuk member kesan elegant. Tools ini disertakan bersama dengan hadiah yang AM dapat. Alhamdulillah..

Cara dan teknik untuk menghasilkan corak yang betul disertakan di dalam buku panduan yang disediakan. Bua masa sekarang AM simpan dahulu cat ini sehingga rumah AM sudah siap sepenuhnya. Tunggu hasilnya nanti..

Rezeki Ramadan dan Rumah Idaman… Semoga perkongsian ini member semangat dan ilham kepada pembaca setia blog Along Misuari..






Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

2 comments


EmoticonEmoticon