Rabu, 15 Jun 2016

Pemasangan Siling Kapur Bermula

Alhamdulillah..
Setelah selesai urusan membeli barang-barang keperluan untuk membuat siling kapur. Boleh rujuk DISNI.

Maka bermula kerja-kerja memasang siling kapur pula. Syukur Alhamdulillah kerana tukang rumah juga telah memberi harga upah yang dipersetujui dulu sudah termasuk kos pemasangan siling kapur.

Pemasangan Siling Kapur Bermula
Siling Kapur Bertingkat


Jika tidak AM terpaksa mengeluarkan kos lain untuk kerja-kerja pemasangan siling kapur sebanyak RM1.50/sekaki hanya untuk upah sahaja. Harga mungkin mahal lagi jika siling kapur yang bertingkat-tingkat dan susah. Jika harga barang dan upah pula AM pernah dapat paling murah pun RM3.50/sekaki.

Dengan keluasan rumah AM sebanyak 1170kaki persegi.. Boleh dikira kos upah sahaja dah RM 1755. Jika AM dah tak nak fikir tentang barang pula pada harga RM3.50/sekaki, kos keseluruhan pula adalah RM 4095. Boleh bayangkan berapa banyak kos yang terpaksa dikeluarkan?

Dengan kelebihan yang ada pada AM kini, kos yang AM keluarkan adalah sebanyak RM 1013 sahaja, buat masa ini dan mungkin akan ada penambahan bahan pada masa akan mendatang kerana AM membuat siling kapur bertingkat pada ruang tamu, ruang keluarga dan ruang menonton TV. 

Dibawah adalah perkembangan pemasangan siling kapur rumah AM.

Pemasangan Siling Kapur Bermula
Kerja Pemasangan Siling Kapur

Pemasangan Siling Kapur Bermula
Siling Kapur Bilik Tidur

Pemasangan Siling Kapur Bermula
Siling Kapur Ruang Tamu

Pemasangan Siling Kapur Bermula
Siling Kapur Gantung

Semoga perkongsian ini dapat membantu para sahabat AM bersemangat membina rumah sendiri nanti.



Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

9 comments

Alhamdulillah...
Belum siap sepenuhnya lagi nie..

Tanpa Nama delete 10/10/16

salam tuan..

boleh tgk gambar ceiling yg dh siap?
terima kasih

Wasalam..

Insyallah.. Nanti saya akan upload ya..
Rasanya dah ada yang saya post seblum ini..

http://lynk.my/nqM1 <<< cat siling kapur siap

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama delete 17/7/17

boleh tahu . along buat syiling sendiri or upah orang,

Upah juga tuan..
Tukang rumah AM sendiri yang buat..
AM hanya beli barang2 sahaja..

salam tuna...boleh bagi kontek tukang siling kapur

wasalam...
tuna apa nie??kikiki


EmoticonEmoticon