Isnin, 27 Jun 2016

Rumah Idaman : Bingkai Tingkap

Alhamdulillah…
Semalam AM ada kongsi Cat Nippon Momenton Elegant. Semalam juga sempat AM pulang sekejap melawat Rumah Idaman AM.

Rumah Idaman : Bingkai Tingkap
Bingkai Tingkap SIAP..

Berjumpa dan berbicang dengan tukang rumah. Ada beberapa perkara yang memerlukan perhatian kerana sekarang merupakan kerja-kerja kemasan peringkat akhir sudah Rumah Idaman AM.

Sebelum ini juga AM ada kongsikan mengenai kerja-kerja pemasangan siling kapur, DISINI.

Ada beberapa isu yang AM sedikit terkilan dengan hasil kerja tukang untuk kerja pemasangan siling kapur ini. Bukan salah tukang juga tetapi disebabkan beberapa pekerja yang kurang mahir membuat ada sedikit kesilapan yang tak diduga oleh AM mahupun tukang rumah sediri. Perkara boleh diselesaikan. Tak ada masalah besar pun.

Selesai masalah siling kapur dan tukang berjanji untuk menyelesaikan permasalahan ini dalam minggu ini. Insyallah sama-sama kita melihat hasilnya nanti.

Sempat juga AM meninjau-ninjau kerja-kerja sentuhan akhir pada Rumah Idaman AM semalam. Tukang telah menyiapkan bingkai tingkap untuk memberi sedikit kelainan kepada Rumah Idaman AM.

Lebar bingkai adalah 5 inci sahaja dan tinggi adalah 0.5inci. Dibawah adalah gambar yang sempat AM ambil untuk rujukan sahabat AM semua.


Rumah Idaman : Bingkai Tingkap
Ukurang Bingkai Tingkap

Rumah Idaman : Bingkai Tingkap
Tukang menyiapkan bingkai tingkap

Rumah Idaman : Bingkai Tingkap
Ukuran Bingkai Tingkap

Rumah Idaman : Bingkai Tingkap
Ukuran Bingkai yang siap


Semoga perkongsian yang sedikit ini member manfaat kepada sahabat semua..


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

4 comments

teringin nak buat rumah sebiji di tanah sendiri..sekarang ni mampu beli rumah dari pemaju jelah

Bina rumah di tanah sendiri lagi MURAH daripada membeli dengan pemaju..

Ada terbaca blogger membuat perkongsian mengenai harga sebenar sesebuah rumah terbahagi kepada beberapa bahagian..

30% adalah harga bahan
30% adalah harga upah tukang
30% adalah keuntungan pemaju
10% adalah kos surat-menyurat dan guaman


EmoticonEmoticon