Ahad, 5 Jun 2016

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar

Alhamdulillah…

Setelah berusaha selama 2 minggu untuk kerja-kerja plaster dinding rumah AM, akhirnya siap sudah kerja-kerja plaster bahagian dalam dan luar. Hanya tertinggal untuk tandas sahaja lagi yang belum plaster.


Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Pandangan Hadapan Rumah AM

Untuk kerja plaster ini sebanyak 1 van pasir plaster atau pasir halus dan 80 beg simen plaster. Tenaga kerja seramai 5 orang iaitu seorang tukang dan 2 pekerja biasa. Boleh merujuk artikel AM sebelum ini iaitu Kerja-kerja Plaster Dinding.

Selain kerja plaster berjalan dengan lancar. Ada juga kerja-kerja lain yang memerlukan perhatian 2 orang pekerja bagi menyelesaikan kerja-kerja menyiapkan siling layar dan dinding layar.

AM menggunakan Smart Wood untuk dinding layar kerana harga yang murah berbanding dengan kayu. Sekeping SmartWood adalah RM17/keping. Memandangkan AM menggunakan kekuda rumah menggunakan besi. Kerja memasang dinding layar menjadi lambat kerana kerja mengukur dan memotong besi yang agak susah.

Harap maaf.. Kerja-kerja memasang dinding layar AM terlupa untuk mengambil gambar..

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Plaster dinding tandas

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Pandangan sisi 

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Ruang bilik tidur

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Pandangan belakang rumah

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Pandangan Ruang Dapur

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Ruang Tamu

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Ruang Menonton TV

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Pandangan Bilik Tidur

Siap kerja-kerja plaster dan dinding layar
Pandangan Belakang Rumah


Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM yang berminat untuk membina rumah dengan sendiri.



Artikel Terkait

2 comments


EmoticonEmoticon