Alhamdulillah..
Sebelum ini
AM ada kongsikan AM membeli tiles dan sedikit ketidakpuasan hati AM dan isteri.
Rujuk DISINI..
Pada khamis
yang lepas AM sempat balik untuk membayar upah kerja render dan pemasangan
tiles sepanjang minggu. Kerja-kerja render untuk Rumah Idaman AM mengambil masa
2 hari sahaja. Rujuk DISINI dan pemasangan tiles dengan jumlah tiles yang ada
sahaja, rujuk DISINI..
Tukang tiles
juga telah siap memasang tiles pada ruang dapur Rumah Idaman AM. Rujuk DISINI
tapi telah kehabisan tiles. Kena tambah lagi tiles nampaknya.
Hari ini
berpeluang pergi ke kedai KB Ceramisc yang AM kongsikan sebelum ini. Rujuk
DISINI.
Pandangan
hadapan kedai KB Ceramisc…
Nampak
biasa-biasa sahaja di bahagian luar kerana kedai ini berada di Kawasan
Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Paling mudah adalah belakang
Balai Bomba Padang Tembak.
Sebelah
dalam kedai KB Ceramisc pulak..
Rambang mata
melihat pelbagai jenis tiles dan mozek yang dijual. Cakap sahaja nak saiz apa
jenama apa dan untuk apa? Semuanya ada disini dan paling penting jurujual
adalah satu keluarga dari ayah, ibu dan anak-anak. Mereka akan bantu untuk
memilih tiles yang kita nak dan sesuai dengan baget kita.
Kerana nak
menambah tiles bahagian dapur dan tiles kabinet yang tak cukup, AM dah maklum
siap-siap pada hari khamisnya. Hari ini AM tengok semua tiles AM sudah sedia
untuk di hantar ke Rumah Idaman AM. AM hanya membayar dan mereka akan hantar ke
rumah.
Ingatkan
mereka menghala kea rah lain dahulu, rupanya mereka menghantar tiles AM dahulu.
Kebetulan pula AM sampai, mereka pun sampai ke Rumah Idaman AM juga.
AM memerhati
kerja-kerja mengangkat dan menyusun tiles ke tempat sebelum ini. Dalam
banyak-banyak tiles mereka angkat….
Ada satu
kotak tiles yang bersaiz 20inci x 20inci telah pecah. Bukan sekeping tapi 6
keping semua. Satu kotak pecah.. Nasib
baik hubungi kedai dan maklum kepada mereka terus.
Dapat tukar
tanpa sebarang bayaran TAPI….
AM kena
pergi kedai ambil sendiri, pemandu mereka dah maklum jika nak mereka hantar
mungkin lambat sikit. Maklum la tukang tiles AM nie semua kerja cepat. Nak tak
nak AM pergi juga sebelah petangnya.
Alhamdulillah..
AM pun tak
perlu bawa tiles yang pecah untuk ditukarkan, pemandu mereka ambil dan hantar
ke kedai balik. AM hanya pergi ambil yang baru sahaja.
Nasihat AM…
Sila
perhatikan kerja-kerja mengangkat tiles ini kerana pemandu hanya menghantar
sahaja, mereka tak kira pecah atau rosak. Jika ada sebarang kerosakan anda
sendiri yang perlu menghantar dan mengambil yang baru. Jika anda bersama mereka
tentu anda hanya perlu hubungi kedai dan mereka akan mengambil yang rosak
terus. Anda hanya perlu mengambil yang baru sahaja.
Jika tiles kecik
mungkin tidak menjadi masalah kepada kita nak angkat, bayangkan tiles 20inci x
20inci sebanyak 6 keping sudah mengcecah puluhan kilogram. Sakit pinggang nak
angkat tau..
Semoga
perkongsian ini dapat memberi sedikit ilmu dan maklumat kepada sahabat AM semua
untuk membina Rumah Idaman sendiri nanti.
Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!
