Jumaat, 15 Julai 2016

3 Tips Mudah Tingkatkan Jualan Di Instagram

Siapa yang tidak mempunyai akaun Instagram?? Mungkin anda adalah meruapakan bukan manusia yang mengikut perkembangan semasa. Umum mengetahui sekarang Instagram merupakan salah satu medium media social yang semakin popular dan terus popular mengatasi penggunaan facebook.
3 Tips Mudah Tingkatkan Jualan Di Instagram.

Kini Instagram merupakan medium atau planform yang cukup popular bagi peniaga online untuk menjual pelbagai produk.

Untuk menjadi penjual yang berjaya dapat jualan yang banyak di Instagram adalah dengan mempunyai followers yang ramai.

Tapi masih tak ramai yang tahu cara mudah untuk naikkan follower di Instagram kita. Masih ramai yang guna cara komen " Jom follow IG saya" di gambar artis-artis terkenal. Cara ini tak digemari dan boleh di anggap satu SPAM. Kalau nasib tak baik, boleh di ban oleh artis tersebut, malah mungkin boleh di ban dari Instagram terus!

Di bawah ni AM nak kongsikan cara mudah & selamat untuk kita naikkan followers Instagram kita:

1. Guna hashtag (#) yang betul.

3 Tips Mudah Tingkatkan Jualan Di Instagram.

Hashtag diwujudkan oleh pihak Instagram dengan niat untuk memudahkan pengguna cari gambar atau post yang mereka nak tengok. Kalau anda guna hashtag yang betul, peluang untuk postanda dijumpai oleh pengguna Instagram yang lain sangat tinggi.

Salah satu cara untuk dapatkan hashtag yang sesuai adalah dengan menggunakan fungsi di web ini --> http://websta.me/

Web ini anda boleh daftar secara percuma dengan menggunakan akaun Instagram anda. Setelah anda daftar, pergi ke link "SEARCH".

Setelah itu, masukkan hashtag yang anda nak gunakan untuk menjual. Sebagai contoh, saya masukkan hashtag #sayajualjubah. Lepas tu websta.me akan menunjukkan senarai hashtag yang berkaitan dengan yang anda masukkan tadi, lengkap dengan jumlahpost sekali.

Anda boleh pilih untuk menggunakan hashtag yang popular dalampost anda.

2. Post pada hari dan masa yang sesuai.
Cara ini mudah. Anda cuma perlu tahu, bila hari dan masa yang tepat yang sesuai untuk anda post di Instagram yang akan dapat bilanganview, like dan komen yang banyak. Untuk tau caranya mudah. Anda cuma perlu buat beberapa ujikaji.

Misalnya, secara logik anda dah tau waktu orang paling ramai online adalah dari pukul 8 pagi sampai 12 tengah malam. Buat beberapa post pada waktu yang anda rasakan sesuai, contohnya pada pukul 12 dan 1 petang. Postkan gambar yang baru setiap hari, pada masa yang sama. Rekodkan jumlah like dan komen yang anda dapat setiap hari. Selang 3-4 hari, ubah waktu post anda. Pantau lagi untuk 3-4 hari.

Lepas beberapa minggu, buat analisis ujikaji anda. InsyaAllah, anda akan dapat statistik yang jelas, bilakah waktu yang sesuai untuk anda post di Instagram.

3. Bertukar atau swap review dengan akaun yang ada banyak followers.

3 Tips Mudah Tingkatkan Jualan Di Instagram.

Cara ini mungkin dah ramai yang tau. Dengan cara swap review boleh meningkatkan followers anda dengan cepat. Dengan syarat, anda perlu pilih akaun yang sesuai untuk anda buat swap review.

Ada akaun yang sedia buat swap review dengan percuma. Ada pula yag berbayar. Ada juga yang akan minta contoh atau sample produk anda untuk mereka review. Terpulang pada tuan punya akaun. Sekali lagi saya tekankan, pilih akaun yang sesuai dengan target market anda, dan sesuai dengan budget pemasaran anda.


Mungkin juga anda berminat dengan Teknik Instagram Kaboom !
TIP EXTRA:  Dapatkan followers yang sangat targeted.


Followers yang targeted bermaksud followers yang sesuai dengantarget orang yang anda sasarkan untuk membeli produk anda. Sebagai contoh, kalau anda jual tudung, peluang untuk tudung anda terjual akan jadi lebih tinggi kepada followers perempuan anda, berbanding kepada followers lelaki.

Selain jantina, followers yang targeted boleh juga di kategorikan dalam lingkungan usia (contoh: 20-30 tahun, 31-40 tahun), lokasi (contoh: Malaysia, Kuala Lumpur, Johor Bahru) dan minat (contoh: tudung, baju, aksesori).

Untuk mendapatkan followers yang targeted agak rumit. Cara ini sangat berharga bagi yang dah mengetahuinya. Tak ramai yang sudi bongkar rahsia bagaimana cara mereka dapatkan targeted followerskerana ini umpama KUNCI kepada LUBUK EMAS mereka.

Anda nak dapatkan KUNCI RAHSIA dapatkan targetted followers Instagram ini?
Dapatkan panduan anda di: Teknik Instagram Kaboom !

PS: Rahsia ini kemungkinan besar akan ditutup tak lama lagi. Ye lah, nama pon rahsia. Tak kan nak bagitau semua orang kan? Oleh itu hanya yang betul-betul serius dan bertindak pantas akan dapat tau rahsia ini.



Artikel Terkait


EmoticonEmoticon