Khamis, 7 Julai 2016

Cara Buka Akaun Main Saham di Bursa Malaysia

Main saham di Bursa Malaysia.
Dulu orang panggil Bursa Saham Kuala Lumpur. BSKL.
Cara Buka Akaun Main Saham di Bursa Malaysia
Untuk mula berjual beli saham, tuan mesti melalui buka akaun dengan syarikat broker. Wajib.
Individu yang mewakili syarikat broker ni dikenali sebagai remisier atau dealer. Remisier dapat komisyen, manakala dealer makan gaji.
Dahulu kena telefon, sekarang boleh trade online melalui platform yang disediakan oleh syarikat-syarikat broker. Malah nak guna tablet, iPad, smartphone pun dah boleh.

Barangsiapa yang beli saham tanpa melalui syarikat broker, ketahuilah dia telah ditipu.
Maka nak main saham sila buka trading account dengan syarikat broker terlebih dahulu.

Langkah 1: Cari Syarikat Broker Berhampiran 
Pergi ke website Bursa Malaysia (www.bursamalaysia.com) dan cari syarikat broker yang berhampiran atau yang kita selesa berurusan.
Sama ada untuk senang nak keluar masuk duit, yang kita suka online trading platform dia atau yang caj komisyen rendah.
Boleh juga cari bank yang ada share investment center di cawangan mereka.

Langkah 2: Cari Yang Menawarkan Akaun Shariah Compliant

Semak sama ada syarikat broker kita tu ada tawarkan Islamic trading accountke tidak. Syarikat broker saham ada banyak, tapi yang tawarkan Islamic trading account ni bukan semua.
 Semak dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bahagian Islamic Capital Market (ICM).

Langkah 3: Terus Buka Akaun
Setelah memilih syarikat broker halal yang kita mahu, maka sila pergi ke pejabat broker, bawa dokumen yang diperlukan untuk buka CDS accountdan trading account seperti:
1.     Salinan kad pengenalan
2.     Penyata akaun bank
3.     RM 10 + 60 sen GST

Akaun CDS  atau Central Depository System adalah akaun kita dengan Bursa Malaysia yang digunakan untuk semua urusan jual beli. Kita boleh ada lebih dari satu trading account. Jangan risau, semua syarikat broker uruskan.
Masa jumpa pegawai di syarikat broker tu, tanya lah semua benda.
§  Macam mana nak berjual beli secara online macam mana.
§  Kadar brokerage fee
§  Bayaran dividen nanti macam mana.
§  Dan seterusnya.

Langkah 4: Masukkan Modal
Buka akaun ni mengambil masa beberapa hari bekerja.
Bergantung kepada proses dalaman sesebuah syarikat broker. Apabila akaun telah dibuka, pastikan kita catat no CDS dan trading account di tempat yang senang kita nak ingat. Dan juga nombor trust account syarikat broker untuk tujuan deposit modal pelaburan saham ke dalam trading account.


Langkah 5: Beli 1,2 Kaunter
Apabila duit modal pelaburan dah masuk dalam trading account maka dapatlah kita membuat urusan jual beli saham di Bursa Malaysia. Biasakan dulu dengan platform online yang disediakan. Nanti nak buy, tertekan order sell. Naya je.
Jika tidak tahu, pergi belajar dengan remisier / dealer cara-cara letak order menerusi trading platform.
Modal yang diperlukan? 
Apa pun hubungi syarikat broker dan buka akaun dulu.
Buka akaun trading saham adalah langkah pertama yang menunjukkan kita serius untuk melabur dalam saham.
Kemudian, letak modal yang kita sanggup rugi 100% dahulu seterusnya beli 1,2 syarikat.
Lepas tu, berhenti, jangan beli apa-apa dah. Belajar cara yang betul pula untuk menjadi seorang pelabur bijak, supaya dapat konsisten buat untung. 

Panduan bermain Saham di Malaysia. Semoga bermanfaat kepada semua..

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon