Khamis, 21 Julai 2016

Rumah Idaman : Cat Alas Dalam Rumah

Alhamdulillah..
Selepas siap kerja-kerja siling kapur beberapa minggu lepas. Baca DISINI..

AM juga dah pun membeli cat primer untuk kerja-kerja cat rumah AM untk cat alas atau cat lapisan pertama sebelum cat berwarna nanti. Boleh rujuk DISINI..

Untuk menjimatkan kos pengecat Rumah Idaman AM ini. AM mengambil keputusan untuk mengecat sendiri secara perlahan-lahan sambil menunggu tukang pasang mozek memulakan kerja mereka nanti. Sebelum ini juga AM ada kongsikan bagaimana AM mengecat siling kapur rumah AM sendiri. Rujuk DISINI..

Untuk kerja-kerja mengecat cat alas pada dinding dalam Rumah Idaman AM, AM menggunakan cat dari Jotun iaitu Jotashield Primer berkapasiti 20 liter dengan harga RM182 sahaja.
Rumah Idaman :  Cat Alas Dalam Rumah


Primer ini menggunakan asas air dan untuk mencairkan sedikit car Primer ini AM menambah sedikit air dengan peratusan yang dicadangkan iaitu 5% daripada jumlah keseluruhan air Primer. 20 liter cat Primer hanya perlu tambah 1 liter air sahaja.

AM melakukan kerja-kerja mengecat ini pada sebelah petang iaitu selepas waktu kerja AM. Lakukan dengan perlahan-lahan tetapi dengan kerap. Dengan keluasan rumah AM sekarang. Hanya 3 hari sahaja diperlukan untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat alas dalam rumah.

Hanya beberapa ruang yang tak sempat AM habiskan kerana kehabisan cat alas ini. Untuk menjimatkan kos lagi daripada AM membeli cat alas yang lain. AM mengambil keputusan untuk mengecat cat alas luar dahulu dan lebihan daripada cat tadi akan digunakan untuk menyambung kerja cat alas di dalam pula. Nantikan perkongsian AM untuk kerja cat alas luar pula.


Dibawah adalah antara hasil kerja AM sendiri. AM bukan pakar dalam mengecat rumah. Jangan kecam AM pula..hihihi..


Rumah Idaman :  Cat Alas Dalam Rumah
Ruang TV

Rumah Idaman :  Cat Alas Dalam Rumah
Ruang Tamu

Rumah Idaman :  Cat Alas Dalam Rumah
Bilik Tidur Utama

Rumah Idaman :  Cat Alas Dalam Rumah
Ruang Dapur

Rumah Idaman :  Cat Alas Dalam Rumah
Bilik Tidur 

Rumah Idaman :  Cat Alas Dalam Rumah
Ruang Dapur (Mesin Basuh)

Rumah Idaman :  Cat Alas Dalam Rumah
Ruang TV


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

2 comments

Assalamualaikum Abg A.M...
Nak tanya plaster dinding (dlm rumah) abg A.M tu Plaster kasar atau licin?


EmoticonEmoticon