Selasa, 12 Julai 2016

Rumah Idaman : Cat Primer dari Jotun

Alhamdulillah..
Segala kerja-kerja bahagian dalaman Rumah Idaman AM siap sudah. Plaster dinding siap, siling kapur siap, cat siling kapur masih berbaki sedikit akibat membaikkan yang diperlukan kerana hasil yang kurang memuaskan AM.

Pada hari isnin yang lepas AM telah membeli cat Primer dari jenama Jotun Ultra Primer untuk sealer pada dinding luar Rumah Idaman AM. Kuantiti Jotun Ultra Primer adalah 20 liter dengan harga RM 230.
Rumah Idaman : Cat Primer dati Jotun

Manakala untuk bahagian dalam pula AM menggunakan cat Jotun Jotashield Primer. Kuantiti cat Jotun Jotashield Primer juga 20 liter dengan harga RM 182.

Rumah Idaman : Cat Primer dati Jotun

AM membeli semua cat ini dengan Kedai Timuran Setia Industri di Kota Bharu, Kelantan. Sebelum membeli juga AM telah PM kedai TSI ini untuk mendapat beberapa maklumat yang diperlukan sebelum membeli.

Persoalan mungkin timbul kenapa AM membeli 2 cat Jotun Primer yang berbeza? Sedangkan kedua-dua Primer ini adalah merupakan cat yang boleh digunakan samaada di bahagian luar mahupun bahagian luar rumah.

Ini kerana  kedua-dua cat Primer ini mempunyai sedikit perbezaan :-
Jotashield Primer
§  Alkaline Resistance
§  Superb Adhesion
§  Water Resistant
§  Formulated Without Harmful Chemical
§  Green Product (Meets Singapore Green Label Certification)

Rumah Idaman : Cat Primer dati Jotun



Jotun Ultra Primer

Product type:Primer
Area of use:
Exterior & Interior
§  Excellent Paint Adhesion
§  Anti Efflorescence & Anti Discolouration
§  Suitable for Fresh Concrete
§  Alkaline Resistant
§  Water Resistant
§  Formulated without Harmful Chemicals
§  Green Product (Meets Singapore Green Label Certification)

Rumah Idaman : Cat Primer dati Jotun


Di atas adalah kelebihan Jotun Jotashield dan Jotun Ultra Primer.Boleh juga membaca kerja-kerja mengecat cat alas dari Jotun DISINI

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM semua dalam memilih cat Primer untuk rumah sahabat semua.



Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon