Rabu, 20 Julai 2016

Rumah Idaman : Kerja Cat Siling Kapur

Alhamdulillah..

Siap sudah kerja-kerja pemasangan siling kapur.. Boleh rujuk DISINI..

Untuk kerja-kerja mengecat ini, AM ambil keputusan untuk lakukan sendiri. Kira DIY la senang kan..Apa yang lagi penting adalah dapat jimat sedikit kos untuk kerja-kerja mengecat.

Hasil kerja bukan la seperti pakar yang mengecat. Jangan nanti sahabat kecam AM pulak menglihat hasil nanti..huhuhu

Setelah mengkaji dan menilai beberapa pilihan yang ada, AM dan isteri berpakat untuk menggunakan cat Nippon untuk siling kapur. Cat yang digunakan adalah Satin Glo warna putih. Harga untuk cat ini adalah RM380 untuk 17liter sahaja.

Rumah Idaman : Kerja Cat Siling Kapur
Nippon Satin Glo


Harga memang mahal sangat-sangat untuk colour putih dari Nippon. Hasil adalah yang terbaik kerana menggunakan cat ini menjadikan siling kapur berkilat dan siling. Itu yang di harapkan oleh AM.

Maka bermulalah kerja-kerja mengecat siling kapur. Disebabkan ketiadaan pengalaman dalam bab mengecat ini. AM telah meminta tolong dengan sahabat sehidup semati AM. Beliau adalah pakar dalam bab kerja-kerja mengecat kerana mempunyai sijil tauliah dari syarikat cat Jotun.

Rupanya bukan senang untuk kerja mengecat nie. Hahahaha
Teknik yang digunakan adalah teknik menyilang antara lapisan cat. Untuk mendapatkan hasil yang baik sepatutnya siling kapur perlu dilapis dengan cat primer dan 2 lapis cat satin glo. TAPI..

Disebabkan kemalasan dan ketidak ada pengalaman, AM terus menggunakan cat satin glo sebanyak 2 lapisan sahaja. Maka hasil yang terjadi adalah kurang memuaskan. Dari pengalaman ini lah AM terpaksa membeli 5 liter lagi Nippon Satin Glo dengan harga RM 150. Huhuhu..

Dibawah adalah antara hasil yang dapat..

Rumah Idaman : Kerja Cat Siling Kapur
Siling Kapur Bilik Tidur

Rumah Idaman : Kerja Cat Siling Kapur
Siling Kapur Ruang Keluarga

Rumah Idaman : Kerja Cat Siling Kapur
Siling Kapur Ruang Tamu

Rumah Idaman : Kerja Cat Siling Kapur
Siling Kapur Ruang TV




Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM untuk melakukan kerja-kerja mengecat sendiri perlu mendapatkan sedikit nasihat dari pakar mengecat atau pun kedai cat.

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon