Jumaat, 22 Julai 2016

Rumah Idaman : Menyiapkan Cat Dinding Layar

Alhamdulillah..

Selepas tukang rumah menyiapkan kerja-kerja membina rumah, masih ada kerja-kerja yang berbaki daripada kerja mengecat smart wood yang lepas. Smart wood adalah satu bahan komposit yang digunakan untuk mengantikan penggunaan kayu.

Kelebihan smart wood adalah kalis air dan bentuk permukaan seperti urat-urat kayu yang sebenar. Penggunaan smart wood juga popular di kalangan tukang rumah kerna ringan dan mudah untuk dipasangkan samaada untuk dinding layar mahupun sebagai dinding rumah.

Sebelum ini juga Am berkongsi mengenai dinding layar Rumah Idaman AM yang menggunakan smart wood. Rujuk DISINI..

Disebabkan Kaffarah yang AM alami pada awal bulan April yang lepas dan menjadikan kerja-kerja yang sepatutnya AM lakukan sendiri tertangguh. Boleh rujuk DISINI bagi Kaffarah DariNya..

Kini AM semakin pulih dan mula melakukan kerja-kerja sederhana berat. AM dibantu dengan adik bongsu untuk melakukan kerja-kerja mengecat dinding layar yang rendah dan memerlukan tangga kayu sahaja. Di bawah adalah dinding layar yang belum disiapkan kerja mengecat sepenuhnya..

Rumah Idaman : Menyiapkan Cat Dinding Layar
Dinding Layar Belakang

Rumah Idaman : Menyiapkan Cat Dinding Layar
Dinding Layar


Alhamdulillah..Diberi kesihatan dan sedikit KEBERANIAN untuk mendaki tangga kayu dan mengecat. Hasilnya adalah seperti dibawah. Hanya 2 jam sahaja diperlukan untuk melakukan kerja mengecat dinding layar ini.

Rumah Idaman : Menyiapkan Cat Dinding Layar
Dinding Layar Hadapan

Rumah Idaman : Menyiapkan Cat Dinding Layar
Dinding Layar Belakang

Rumah Idaman : Menyiapkan Cat Dinding Layar
Dinding Layar Belakang Siap Cat


Masih ada diding layar yang AM tak sempat cat kerana kedudukan yang tinggi. Ini memerlukan pakar yang menyiapkan. Nantikan laporan siapakah pakar yang AM maksudkan.

Teknik yang ringkas sahaja TETAPI ramai yang risau dengan teknik AM gunakan. Dengan menggunakan 2 unit tangga kayu dan dawai elektrik. AM berada di atas tangga dan mengecat, adik pula berada di bawah untuk menyediakan berus bersama cat dan mengalihkan tangga kayu setelah AM berpindah.

Risiko memang berisiko tetapi untuk memudahakan kerja sahaja. Bagi yang kurang keberanian jangan lakukan. Nasihat sahaja tau..


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

4 comments

Best nyer dpt buat rumah idaman...

Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran by Hani Rahman

Alhamdulillah...
Rezeki AM untuk bina rumah..Mana tahu esok2 sis hani lak berpeluang bina rumah sendiri


EmoticonEmoticon