Ahad, 10 Julai 2016

Rumah Idaman : Pemilihan Cat Rumah

Alhamdulillah..

Semalam AM ada temujanji dengan doctor pakar tulang mengenai masalah kaki AM yang pernah cerita dahulu.. Baca DISINI

Doktor berpuas hati dengan perkembangan kaki AM. Doktor juga terkejut dengan tulang jari kaki AM yang semakin sembuh dengan cepat dan kesakitan yang AM alami juga semakin berkurangan.

AM masih lagi dalam proses pemulihan dan doctor juga menasihatkan supaya sebarang aktiviti lasak mahupun berlari di tangguh sehingga 12 bulan lagi. Kena DIET la macam nie. Apa boleh buat kan?

Dah siap temujanji dengan doctor pakat tulang. AM dan isteri pula plan nak singgah di kedai cat. Memilih cat untuk kerja-kerja cat Rumah Idaman AM. Dah berbulan sebenarnya AM memilih cat dari Dulux, Jotun, Nippon dan sebagainya.

Akhirnya AM memilih cat dari Jotun sahaja kerana lebih ekonomik dan ramai pengguna. Am juga mengambil nasihat dari ramai kawan-kawan yang telah membina rumah dan mereka yang berpengalaman dalam bidang cat dan mengecat.


Rumah Idaman : Pemilihan Cat Rumah

Kedai yang menjadi pilihan AM adalah TSI Sdn. Bhd atau Timuran Setia Industri Sdn. Bhd. Mereka merupa duta kepada cat Jotun di Kelantan. Harga pula adalah biasa-biasa sahaja.

Rumah Idaman : Pemilihan Cat Rumah


Isteri berminat dengan pilihan colour Purple tapi pilihan ini amat terhad kepada beberapa pilihan sahaja.   

Untuk colour bahagian luar rumah adalah :- 


Pemilihan Cat Rumah
Cat utama bahagian luar rumah
Buttery Cream 1155


         Cat bawah bahagian luar rumah 
                                                         Quick Sand 1153                                               


Untuk bahagian dalam pula isteri telah memilih 2 colour sahaja TETAPI AM menambah lagi satu colour menjadi 3 colour kesemuanya. Setiap colour memberi ruang yang berbeza -beza.
Cat untuk ruang tamu, ruang keluarga..
Dreamy 3224

Cat untuk Bilik Tidur..
Pinkkins 2612

Cat untuk Ruang Dapur..
Voss 6253


Nantikan hasil yang akan terjadi kepada Rumah Idaman AM nanti. Kerja-kerja untuk mengecat alas masih lagi berlangsung dengan rancak. Rujuk DISINI dan DISINI

Siapa yang mengecat? Semestinya AM sendiri. Bila lagi nak belajar mengecat kan? Dengan siapa AM belajar mengecat?? Nantikan jawapan pada artikel seterusnya..Hihihihi..

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat semua untuk membina Rumah Idaman sendiri nanti.
                                                                                                                              
Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

4 comments

Wah x sabar plak SA nak tgok hasilnyaaa....

tak suka nya tengok warnya banyak2 mcm ni. rambang mata tak tahu nak pilih mana

Sabar-sabar..Insyallah seminggu dua lagi siap la..maklum la AM cat sendiri..buat sikit-sikit je sehari..hihihi

Hahahaha..sama la gan AM pun..sebab tu bagi isteri je pilih nak colour apa nanti AM bagi pandangan je..AM pilih colour untuk dapur je..Itu secara tak sengaja nak habiskan duit je keje AM nie..


EmoticonEmoticon