Isnin, 25 Julai 2016

Rumah Idaman : Render Lantai

Alhamdulillah..

Hari jumaat AM sempat menyiapkan kerja-kerja mengecat alas untuk dinding belakang rumah AM. Rujuk DISINI.

Sabtu pula isteri dah balik, AM luangkan masa bersama isteri.

TETAPI….

Tukang rumah dan tukang tiles Rumah Idaman AM pula bekerja. Nak tak nak kena juga melawat tapak Rumah Idaman. Apa boleh buat kan? Isteri tetap bawa bersama walaupun isteri masih lagi penat kerana berkursus selama seminggu di Kelana Jaya.

Pepagi lagi dapat panggilan daripada mak menyatakan mereka dah datang dan memulakan kerja masing-masing. Tukang rumah datang untuk mendirikan tiang untuk tempat berteduh tangga dan pintu utama. Ayah AM pun dah memberi keizinan untuk menumpangkan tiang tempat berteduh AM dengan tiang parking kereta rumah ayah. Sekarang dengan rasminya, Rumah Idaman AM bersambung dengan rumah asal ayah.

Jangan kecam AM, memang rumah AM bersebelahan dengan rumah ayah je sebenarnya. Tanah pun masih lagi milik ayah AM. Alhamdulillah, ayah AM bagi kebenaran untuk membina rumah disebelah rumah beliau.

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai


Hanya 2 tiang sahaja.. Atap parking kereta rumah ayah terpaksa dibuka untuk memudahkan kerja-kerja mendirikan tiang. Tukang juga mengambil masa yang singkat untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Selain itu, tukang rumah juga telah memberi saiz dan ukuran kayu yang bakal digunakan nanti. Kerja seterusnya adalah membeli kayu yang diminta oleh tukang rumah. Kerja ini akan dilakukan sebelah petang pula.

Tukang tiles pula meminta AM membeli simen sebanyak 40 beg dan sebuah van pasir ikat. Sebelum ini AM dah pun membeli pasir ikat ini tetapi dah digunakan oleh tukang rumah untuk menyiapakan kaki lima rumah. Rujuk DISINI.

Pasir dah beli siap-siap selepas raya yang lepas. Simen juga dah beli sebelum ini tetapi digunakan juga oleh tukang rumah. Penambahan diperlukan untuk simen dan pasir.

Tukang tiles mula melakukan kerja-kerja render lantai di dalam rumah. Bermula di dalam bilik tidur dahulu dan ruang tamu. Sebelum AM tinggalkan mereka semua, AM pastikan semua bahan dan barang yang diperlukan untuk kerja-kerja render dan tempat peneduh tangga sudah ada atau apa-apa yang diperlukan oleh mereka perlu diberitahu kepada AM.

Sudah menjadi perangai AM untuk bertanya tukang dan pekerja sebelum AM tinggalkan mereka. AM akan bertanya apa-apa bahan atau barang yang mereka perlu untuk selesai kerja mereka untuk esok harinya. AM tak suka mereka meminta bahan dan barang pada hari mereka nak guna kerana AM bekerja pada sebelah paginya.

Dibawah adalah gambar kerja-kerja render di Rumah Idaman AM.

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai

Rumah Idaman : Render Lantai


Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM untuk terus membaca dan memberi semangat untuk membina rumah sendiri.

Nota Kaki : Harga simen RM 17/beg ambil sendiri. RM 17.50/beg jika hantar ke rumah. Nak jimat??? Beli 1 pallet @ 40 beg dapat RM 17/beg siap hantar ke rumah. Harga hardware di Kota Bharu.


Mungkin anda berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET ?? Klik Banner DIBAWAH..

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon