Selasa, 19 Julai 2016

Rumah Idaman : Siap sudah Pemasangan Siling Kapur

Alhamdulillah…
Sebelum ini AM ada kongsikan kerja-kerja memasang siling kapur telah bermula. Kini siling kapur siap sepenuhnya sudah.. Kerja-kerja ini siap sebelum raya aidilfitri yang lepas.

Keseluruhan Rumah Idaman AM menggunakan siling kapur pada bahagian dalam rumah. Kenapa siling kapur?? Ramai yang bertanya mengenai kebaikkan dan keburukkan siling kapur yang ditakuti.

Semua sudah tahu bahaya habuk atau sisa dari siling kapur boleh mengakibatkan masalah pernafasan kepada kanak-kanak mahupun warga tua. Lagi parah jika perkara ini berterusan pada jangka masa yang lama boleh menjadi kanser kepada penghuni.

Itu la pemikiran AM pada permulaan untuk menilai penggunaan siling kapur. Setelah berbincang dan meneliti beberapa kemungkinan dan kebaikkan yang lain. AM bertekad menggunakan siling kapur juga dengan beberapa langkah berhati-hati.

Macam mana?? Teruskan membaca..

Penggunaan siling kapur sebenarnya lebih ekonomik dari segi kewangan kerana kos yang rendah dan pemasangan yang mudah. Mungkin ini penyebab UTAMA ramai yang menggunakan siling kapur pada hari ini.

Jika nak dibandingkan dengan penggunaan siling biasa pasti ramai akan berkata “ kayu semakin hari semakin mahal”. Jika ini yang menjadi penyebab utama maka penggunaan siling kapur akan lebih ramai yang akan menggunakanya nanti.

Selain itu, jika kita menggunakan siling kapur pada ruang dalaman rumah, pelbagai design dan bentuk boleh dilakukan dengan menggunakan siling kapur. Apa yang membezakan adalah harga bagi setiap design mungkin berbeza mengikut kesukaran membuat sesuatu design. Paling baik adlah berbincang dengan tukang rumah dahulu.

AM telah berbincang dengan tukang rumah sebelum kerja-kerja pemasangan siling kapur bermula dengan berbincang mengenai design dan kos bahan kerana kontrak dalam pembinaan Rumah Idaman AM sudah termasuk dengan kerja-kerja pemasangan siling kapur. Disini banyak perbezaan mengenai harga bersama bina rumah dengan harga pemasangan siling kapur sahaja. Boleh rujuk DISINI

Dibawah adalah contoh design siling kapur Rumah Idaman AM..


Rumah Idaman : Siap sudah Pemasangan Siling Kapur
Siling Kapur dalam Bilik Tidur


Rumah Idaman : Siap sudah Pemasangan Siling Kapur
Siling Kapur Ruang Keluarga

Rumah Idaman : Siap sudah Pemasangan Siling Kapur
Siling Kapur Ruang Tamu

Rumah Idaman : Siap sudah Pemasangan Siling Kapur
Siling Kapur Ruang TV


Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat untuk membina rumah sendiri.

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

2 comments

Rasanya siling abestos lagi bahaya kan?

Tak pasti la..Huhuhu


EmoticonEmoticon