Selasa, 26 Julai 2016

Rumah Idaman : Tiles Sudah Sampai TAPI..

Alhamdulillah..

Semalam siap sudah kerja-kerja render lantai untuk pemasangan tiles nanti. Rujuk DISINI..

Hari ini kedai yang AM beli tiles pula call cakap pekerja dah dalam perjalanan hantar tiles yang dibeli tempoh hari. Sebenarnya untuk mendapatkan tiles ini timbul juga beberapa isu yang kurang memuaskan hati AM dan isteri.

Sebelum membeli tiles, AM dan isteri telah melakukan rondaan di beberapa kedai yang menjual tiles ini. Ada pelbagai harga dan jenis. Setelah memilih dan menilai akhirnya AM dan isteri memilih untuk menggunakan tiles jenama White Horse sahaja.

Rumah Idaman : Tiles Sudah Sampai TAPI..
Tiles Dinding Dapur

Rumah Idaman : Tiles Sudah Sampai TAPI..
Tiles Kabinet RM 28/keping..huhuhu

Rumah Idaman : Tiles Sudah Sampai TAPI..

Rumah Idaman : Tiles Sudah Sampai TAPI..

Rumah Idaman : Tiles Sudah Sampai TAPI..


Bukan kerana jenama yang menjadi pilihan tetapi baget yang diberi oleh kedai agak berbeza harga. Kedai pilihan AM adalah KB Ceramics yang berada di Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Semua jenis tiles ada dijual disini. Maaf AM lupa nak ambil gambar kedai tiles ini. Jika AM pergi lagi AM akan ambil gambar kedai. Boleh rujuk DISINI

Sebelum puasa lagi AM dah mula memilih tiles yang hendak digunakan. Senarai harga pun dah ada di tangan AM. Baget di bawah RM 5 000 sahaja. Pada permulaan kedai KB Ceramics adalah RM 3 778 sahaja TETAPI tidak termasuk tiles untuk beranda dan tangga di dapur AM. Di dalam bilik juga hanya guna tiles bersaiz 12inci x 12inci sahaja. MURAHHH !!!

Kedai lain bagi hamper RM 5 000 lebih. Jauh sangat beza harga.. Kenapa?? KB Ceramics adalah stor atau tempat simpanan tiles terbesar di Kota Bharu. Kebanyakkan kedai di Kota Bharu mengambil stok disini.

Selepas raya tempoh hari iaitu 16.7.2016, sekali lagi AM ke kedai KB Ceramics ini untuk membeli semua tiles bagi Rumah Idaman AM. Kali ini pembelian adalah mudah sahaja kerana senarai tiles telah ada hanya beberapa penambahan dan pertukaran sahaja.

Untuk tiles pada ruang tamu, ruang keluarga, bilik tidur AM menggunakan tiles 20inci x 20inci sahaja. Ini kerana harga pasang adalah rm 1.50/kaki persegi sahaja dan harga juga adalah murah sangat iaitu RM 6/keping sahaja.

Untuk ruang dapur pula AM menggunakan tiles 2kaki x 1kaki jenis Have Duty dan sedikit kasar. Kedai dan sahabat juga mencadangkan AM menggunakan jenis have duty juga. Kerana bahagian dapur la kebanyakkan kerja kotor dan berat akan dilakukan.

Untuk dinding dapur pula AM menggunakan tiles bersaiz 13inci x 16inci sahaja.. Warna pula adalah hitam dan putih sahaja. Nanti AM update apabila dah siap nanti. Bagi kabinet dapur pula AM menggunakan tiles 2kaki x 2kaki yang dah siap dimesin bahagian tepi. Harga tiles ini paling mahal AM beli iaitu RM 28/keping. Nasib baik hanya 10 keping sahaja digunakan.

Bilik air pula terbahagi kepada 2 iaitu lantai dan dinding. Lantai bilik air AM menggunakan tiles bersaiz 10inci x 10inci, manakala dinding pula bersaiz 10inci x 13inci.

Beranda dan tangga pula AM menggunakan tiles bersaiz kaki x 2kaki sahaja.Harga untuk semua adalah adalah RM 4 770 sahaja termasuk dengan gam dan susu tiles juga.

Masa yang diambil untuk tiles sampai adalah 10 hari, itupun hanya sebahagian sahaja yang sampai. Masih ada banyak lagi tiles yang belum sampai. Kena hubungi kedai lagi la macam nie. Tukang pasang tiles pun dah boleh mulakan kerja-kerja mereka nanti. Tunggu update dari AM nanti.

Semoga perkongsian ini member semangat dan ilham untuk sahabat AM membina rumah sendiri dengan cara sendiri untuk lebih penjimatan dan kepuasan hati kita sebagai pemilik rumah.


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon