Dalam
pasaran kerja semasa, anda perlu bertindak bersama-sama, atau kita tidak akan
berpeluang untuk memenangi persaingan kerja yang ada. Periksa diri kita dengan
10 tips temuduga yang kerap diabaikan di bawah ini.
1. Buat
kajian. Kaji syarikat bakal majikan kita dan pelajari selok-beloknya yang
mungkin termasuklah perkhidmatan, produk, pelanggan dan pesaing kerana ia bakal
memberikan kefahaman kepada kita. Lebih banyak perkara yang kita ketahui
tentang syarikat tersebut, lebih besar peluang untuk kita “menjual diri” kita semasa temuduga.
AM pernah guna
semasa temuduga tahun 2008 selepas AM tamat belajar. AM mengkaji produk terbaru
mereka dan akan digunakan semasa temuduga. Memang menjadi penuh yakin AM cakap.
2.
Pemerhatian teliti. Pilih pakaian yang perlu dipakai semasa temuduga.
Bergantung kepada industri dan posisi, dapatkan pakaian terbaik yang boleh kita
pakai dan pastikan tiada kesan koyak padanya. Biar pun syarikat yang bakal kita
sertai tidak mensyaratkan begitu, kita harus tunjukkan betapa seriusnya kita
mahu berkhidmat dengan mereka. Kita berpakaian untuk menampilkan keyakinan kita. Panduan Rahsia Bijak Temuduga.
3. Bersedia.
Bawa bersama fail yang mengandungi resume, salinan rujukan dan kertas untuk
mencatat nota. Kita perlu ada beberapa soalan yang perlu disediakan untuk
ditanyakan pada akhir sesi temuduga. Sertakan senarai semak pada kertas kecil
untuk semakan akhir sebelum temuduga berlangsung. Sama seperti tip yang pertama
tadi.
Bila kita
dah mengkaji produk mereka, mereka akan memberi peluang kepada kita untuk
bertanya pula, time nie la kita guna apa yang kita kaji sebelum ini. Ini akan
memberi pandangan positif bahawa kita berminat dengan peluang pekerjaan yang
mereka tawarkan kepada kita.
4. Tepati
masa. Usah datang lewat untuk temuduga. Ambil inisiatif untuk datang lebih
awal. Penting untuk kita memperuntukkan masa untuk merancang perjalanan,
mungkin kita akan tersesat semasa
mencari lokasi temuduga.
5. Tunjukan
minat. Tampilkan minat kita untuk mendapatkan posisi yang ditawarkan menerusi
segenap aspek. Bersalaman dengan erat dengan temuduga dan tunjukkan “eye
contact” untuk menzahirkan keyakinan kita. Berucaplah dengan nada yang yakin
walau pun sebenarnya kita ada sedikit rasa gementar.
6. Dengar.
Ini merupakan salah satu kemahiran dalam temuduga yang kerap diabaikan. Kita
tidak boleh hanya mendengar. Adakalanya perkara yang tidak dikatakan sama
penting dengan apa yang disebutkan.
7. Jawab
soalan yang ditanya. Kebanyakan calon tidak fikir sama ada soalan yang
diberikan oleh penemuduga benar-benar dijawab atau pun tidak. Mungkin kita faham
apa yang ditanya, namun kita boleh mendapatkan penjelasan sekiranya kita tidak
pasti.
8. Beri
contoh spesifik. Siapkan teks kisah kita sebelum ditemuduga. Berikan contoh
yang menceritakan kejayaan dan betapa uniknya kita. Sikap kita yang lalu boleh
jadi pengukur kepada prestasi masa depan kita. Panduan Rahsia Bijak Temuduga.
9. Tanya
soalan. Kebanyakan calon temuduga melepaskan peluang ini kerana tidak berminat
untuk mencari informasi yang bernilai.
Soalan yang bakal kita tanyakan menjadi kayu pengukur untuk menilai
minat kita terhadap bakal majikan.
10. Tindakan
susulan. Sama ada menerusi emel, surat atau panggilan telefon, tindakan susulan
untuk menghubungi semula syarikat yang pernah menemuduga kita. Tindakan susulan
selepas temuduga adalah peluang untuk mengingatkan penemuduga mengenai semua
perkara yang berharga tentang diri kita untuk disumbangkan kepada syarikat.
Jangan lepaskan peluang terakhir ini untuk “pasarkan diri” kita.
Kesimpulannya,
penting untuk kita yakin dan tenang dalam sesi temuduga. Satu perkara yang
patut ada ialah bersedia dengan sebaik-baiknya yang mungkin mengikut kemampuan
kita. Dengan mengikuti panduan yang telah disebutkan di atas, kita akan berasa
kurang gementar dan bersedia dengan positif untuk membentangkan diri kita.
EmoticonEmoticon