Selasa, 2 Ogos 2016

5 tabiat ini untuk bebas kewangan

Hari ini semua orang mencari-cari peluang dan ruang untuk membebaskan diri daripada masalah kewangan yang semakin hari semakin teruk. Adakah kita hidup untuk terus mencari penyelesaian masalah ini?

5 tabiat ini untuk bebas kewangan

Adakah kita perasan atau merenung seketika. Sebanyak mana kita berusaha tetapi semakin banyak hutang kita?

Jom kit abaca 5 Tabiat untuk Membebaskan Kewangan 2016. Semoga perkongsian dapat membantu sahabat AM bebas dari masalah kewangan.

1.      Lebihkan pendapatan kurangkan perbelanjaan
Tak kira samada anda peniaga atau pekerja, anda perlu pandai dalam menguruskan perbelanjaan.  Tak kira sebesar mana pendapatan anda, anda perlu bijak untuk tahu apa dan bila mahu berbelanja.  Anda mungkin pernah dengar kisah ramai selebriti barat yang pada suatu masa dulu merupakan hartawan tetapi dalam sekelip mata menjadi miskin kerana tidak bijak berbelanja.

2.      Cintai kerjaya anda
Satu cara lain untuk jana lebih pendapatan ialah dengan bekerja bersungguh-sungguh.  Cintai kerja anda dan jadikan diri anda sanggup buat apa sahaja untuk memastikan kerja anda siap.  Pastikan anda ada banyak ilmu tentang pekerjaan anda.  Dengan ini mudah untuk anda minta kenaikan gaji atau dinaikkan pangkat.

3.      Buat belanjawan
Anda juga boleh buat belanjawan dan mengamalkan jimat cermat. Anda boleh rancang perbelanjaan harian dan bulanan anda. Kata orang tua-tua, ikat perut sikit. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Simpan sikit-sikit, lama-lama akan jadi banyak juga.

4.      Kurang berhutang
Percaya atau tidak, bila anda berhutang tanpa anda sedar, jumlah yang anda patut bayar adalah lebih banyak dari jumlah hutang sebenar. Tapi ramai orang tak fikirkan perkara ini bila mereka mahu berhutang. Jadi, anda boleh kurangkan berhutang untuk dapat lebih kebebasan wang.

 5.      Buat pelaburan
Salah satu cara lagi yang dikatakan boleh membantu memberikan anda kebebasan kewangan ialah dengan pelaburan.  Tapi, anda tak dapat lari dari berhadapan dengan risiko terutamanya jika anda tak ada sebarang ilmu.  Trend terkini ialah bila ramai orang mula melabur dalam bidang hartanah, emas, saham dan banyak lagi, tapi yang mana satu jenis pelaburan yang lebih sesuai untuk anda dan memberi keuntungan serta pulangan yang bagus?

Bagaimana sahabat semua? Adakah kita mempunyai tabiat seperti di atas? AM sendiri untuk tahun 2016 menambah lagi pinjaman hutang kerana membina Rumah Idaman AM. Moga-moga terbinanya Rumah Idaman AM maka kurang sedikit jumlah yang AM keluarkan untuk sewa rumah, bil astro dan bila lain-lain.

10 Panduan Amalan Untuk Kaya dan Menambah Rezeki
Bebas Kewangan.. Bebas Penceraian

Bagaimana untuk mengatasi masalah kewangan hanya berada di rumah sahaja?? Dibawah adalah antara Panduan yang boleh digunakan untuk membebaskan masalah kewangan..

Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita!
Inginkan Harta Yang Diberkati?
Nak Kaya Dengan Emas? Klik Sini!
Asyik Rugi Main Saham? Klik sini!

Artikel Terkait

2 comments

Alhamdulillah terima kasih berkongsi tips :)

Alhamdulillah..sama2..


EmoticonEmoticon