Malware di
dalam blog?
Bunyinya
sedikit pelik tetapi tidak mustahil akan terjadi kepada mana-mana web mahupun
blog sekarang. Apa yang penting adalah langkah berjaga-jaga daripada pemilik
web dan blog.
Dari bacaan
AM yang dikongsikan oleh saudara Hasrul Hassan di blog beliau iaitu
Hasulhassan.com ada menceritakan bahawa blog beliau telah menghadapi untuk di
akses oleh pengunjung beliau termasuklah AM sendiri.
Beliau juga
ada kongsikan bagaimana untuk memeriksaan web atau blog kita terkena malware
ataupun tidak. Perkongsian ini adalah PERCUMA dan sesiapa pun boleh memeriksaan
blog anda.
Hanya
menggunakan VirulTotal sahaja. Langkah yang cukup mudah untuk menggunakannya.
Klik pada VirulTotal dan pilih URL link dan paste link blog atau web anda.
VirulTotal
akan memeriksaan kesemua malware atau virus yang ada di dalam blog mahupun web
anda. VirulTotal juga menggunakan hampir 60 sumber antivirus untuk mengesan
sebarang ancaman malware atau virus di dalam blog mahupun web kita.
Setiap kali
pengguna menggunakan VirulTotal untuk memeriksa blog atau web maka kesemua
rujukan daripada antivirus dan pengesan malware akan berfungsi secara serentak.
Dengan
menggunakan VirusTotal untuk blog AM ini, hasilnya adalah seperti di bawah :-
Alhamdulillah…
Blog AM
masih lagi selamat dengan daripada serangan virus mahupun malware. Mungkin
kerana blog AM masih lagi setahun jagung dan masih banyak perubahan mahupun
widget yang sedikit.
Semoga
perkongsian ini dapat membantu sahabat semua untuk memeriksa blog masing-masing
untuk mengelakkan daripada tidak dapat di akses oleh pengunjung blog kita
nanti.
2 comments
Tahniah .. :) lepas ni kena awasi selalu. banyak lagi antivirus yang tak scan tu
Terima kasih HH sudi singgah sini..Hihihi
memang kena berhati-hati sekarang selagi mana bolh online pasti serangan malware dan virus boleh terkena
EmoticonEmoticon