Khamis, 18 Ogos 2016

Adsense : Memohon dan Gagal Kali Pertama

Tags
Alhamdulillah…

Pejam celik pejam celik dah pun setahun lebih sudah AM dalam bidang blogger. Setahun jugalah pelbagai isu semasa, tips kesihatan, tips kesihatan lelaki, tipskesihatan wanita, tips ibu hamil, review, dan ebook.

Itu adalah antara topic yang biasa AM bicarakan sepanjang AM berada di dunia blogger. Bermula tahun 2016 AM mula pula dengan topic Rumah Idaman AM yang berkisarkan pengalaman AM sendiri membina rumah.


Panduan : Raja Adsense v2.5

Apabila berusia setahun blog AM ini, terdetik di hati untuk mencuba pula dengan adsense yang kebanyakkan blogger sentiasa berbicara dan pelbagai tips yang dicurahkan untuk dijadikan bahan rujukan kita semua.

Antara blog yang menjadi pilihan AM untuk terjah dan menimba ilmu adalah HasrulHassan.com , PendekaBerkuda.org dan beberapa blog lagi AM sentiasa baca dan menimba ilmu.

Semalam AM mencuba memohon adsense melalui blog AlongMisuari.com , semalam juga dapat email dari pihak adsense yang menyatakan permohonan AM GAGAL..


Adsense : Memohon dan Gagal Kali Pertama




Mungkin ada beberapa perkara yang ada di dalam blog AlongMisuari.com yang melanggar peraturan dan terma pihak adsense.

AM telah membuang segala kod HTML yang berkaitan dengan auto ping yang banyak memberi pengunjung sebelum ini kepada blog AlongMisuari.com . Ini memberi ruang kepada pihak adsense untuk menilai kembali blog AlongMisuari.com. AM berharap kali ini mendapat kelulusan pihak adsense la.

Selain itu, AM ada juga PM kepada otai blogger iaitu HasrulHassan.com . Dibawah adalah nasihat dan pandangan beliau terhadap email yang pihaj adsense hantar kepada AM. Alhamdulillah, mendapat respon yang baik dari beliau berbanding dengan AM yang masih lagi setahun jagung.


Adsense : Memohon dan Gagal Kali Pertama


Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM yang baru nak berjinak dengan adsense supaya lebih berhati-hati apabila memohon adsense nanti. Doakan AM Berjaya mendapat akaun adsense nanti ya..

Artikel Terkait

4 comments

Haaa.. cuba lagi.. SN pun kali ketiga or keempat kot baru dapat...

Masih lagi mencuba..Masih menunggu keputusan pihak adsense..

salam singgah tq sudi singgah kat blog ya.. tak apa sabar itu separuh daripada iman.. dah banyak kali dengar blogger lain dalam 3 ,4 kali jugak baru lulus ..sabar ya

Masih bersabar..hihihi
tengok status adsesnse pun masih lagi dalam proses review blog AM nie..Hope lulus dengan cemerlang la nanti


EmoticonEmoticon