Hujung
minggu yang sedikit memenatkan tetapi amat mengembirakan hati keluarga.
Alhamdulillah..
Kesempatan
kali ini AM telah merancang untuk membawa keluarga sebelah ibu AM untuk
menikmati suasana kampung sambil menjamu durian. Maklum sahaja sekarang musim
durian di mana-mana sahaja.
Untuk tahun
2016 kali ini tidak semua kebun durian mengeluarkan hasil seperti tahun-tahun
sudah ini kerana cuaca yang panas pada musim durian berbunga. Ini menjadikan
bunga-bunga durian layu dan gugur.
Hanya
segelintir sahaja kebun yang mengeluarkan hasil. Kesempatan ini diambil oleh
pekebun-pekebun durian untuk memainkan harga durian sehingga mencecah RM27/kg
bagi durian kunyit.
Ini kali
pertama AM membeli durian semahal itu. Sebelum ini harga bagi duria kunyit
adalah RM18/kg sahaja. Peningkatan yang cukup tinggi.
Begitu juga
dengan durian kampung yang biasa bersama RM3/kg telah mencecah sehingga RM6/kg.
Harga ini adalah harga di kampung yang mana pekebung sendiri yang menjual bukan
lagi harga dari pemborong.
Di Kota
Bharu sahaja bagi harga durian kampung adalah RM10/kg. bayangkan pula harga
durian kunyit atau musang king. Semestinya berganda-ganda. Rezeki bagi pekebun
durian yang menjadi tahun ini.
Jika kesemua
kebun durian menjadi pasti harga durian akan jatuh dan pernah AM dapat harga
durian adalah RM0.30/kg sahaja pada suatu masa dahulu. Sehinggakan durian tidak
habis dimakan dan terpaksa dibuang begitu sahaja.
Kembali
kepada cerita AM tadi, AM membeli 2 biji durian kunyit berharga RM 100 dan
durian Mas Muar 2 biji dengan harga RM 60. Disebabkan AM datang dengan
keluarga, AM membeli lagi durian kampung sebanyak 10kg dengan harga RM 60.
Kesemuanya adalah RM 220. Tak pernah lagi AM berbelanja sebanyak ini hanya
untuk durian sahaja.
Dah selesai
membuat pembelian durian semua. AM hanya merancang untuk membawa sepupu-sepupu
untuk bermain sungai di kebun nenek Am sahaja TETAPI di maklumkan sungai hampir
kekeringan kerana panas yang melampau.
Perancangan ditukar kepada kawasan air terjun di Chuchu Puteri pula iaiti Lata Berangin. AM pernah sampai sekali ketika waktu AM masih lagi kanak-kanak. Perjalanan mengambil masa hampir 45minit dari Kampung Sungai Sok, Kuala Krai.
Kawasan yang cukup tenang dan sedikit sukar untuk dimasuki dengan kereta biasa. Kegembiraan terpancar dari pakcik dan makcik AM apabila sampai di Lata Berangin.
Kesebabkan
hanya untuk makan durian, maka perkara yang pertama adalah acara makan durian.
Kegembiraan dapat menikmati durian mampu menghapus segala kerisauan harga
durian yang mahal.
Pesanan Buat Ibu Hamil : 11 bahaya Durian Kepada Ibu Hamil
Selesai je
makan durian, kami ramai-ramai pula meandi manda sehingga kesejukkan yang cukup
nyaman dan tenang berada di dalam hutan. Mungkin tak kesemua antara kita yang
selesa dengan hutan. AM amat selesa berada di dalam hutan dan memberi
ketenangan yang mendamaikan.
Sebelah
petang pula ayah AM membawa sekor kancil yang telah disembelih dan AM pula yang
terpaksa melapah dan menyiapkan segala keperluan untuk acara memasak kancil goreng
kunyit pula. Yang nie AM tak ambil gambar ya. Hanya boleh bercerita sahaja.
Kehidupan di
hutan memberi pelbagai cerita dan pengalaman. Sekadar perkongsian percutian
yang singkat dari AM. Maaf jika ada yang tersalah atau ada yang terasa.
4 comments
wow....durian....sedap nyer....
Alhamdulillah...Dapat gak merasa durian walaupun mahal cam beli bom je kali nie..
hmmmm
Hmmmm..
EmoticonEmoticon