Isnin, 1 Ogos 2016

Jana RM 7 000 Hanya Jual 3 Jenis Air Balang Di Bazar Ramadhan Sahaja

Dalam artikel ini, AM nak tunjukkan bagaimana menjana pendapatan RM7 000 sebulan dengan hanya menjalankan perniagaan air balang sahaja.
Akan tetapi sebelum itu, anda baca terlebih dahulu pengalaman seorang usahawan yang bernama Mizan Sulaiman. Anda kenal beliau? Seorang Usahawan Bazar Ramadhan.

Jana RM 7 000 Hanya Jual 3 Jenis Air Balang Di Bazar Ramadhan Sahaja

Kenapa AM katakan Saudara Mizan seorang usahawan bazar ramadhan. Kerana beliau telah mula berniaga air di pasar ramadhan sejak tahun 2008 lagi. Beliau juga turut menjalankan bisnes air balang ini di pasar malam, pasar tani dan juga beberapa karnival Industri Kecil dan Sederhana(IKS) di sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Tahun lepas dia untung melebihi RM7000 ketika menjalankan bisnes air di bazar ramadhan. Yang menariknya beliau hanya menjual tiga balang air di satu lokasi sahaja.
Setiap hari ketiga-tiga balang air habis!
Mungkin anda berkata, ahh nasib dia baik.
Anda silap…Di dalam perniagaan tidak ada faktor nasib, tetapi ada “STRATEGI RAHSIA” yang dipraktikkan hasil daripada pengalaman berniaga air selama beberapa tahun.
BISNES AIR BALANG: KOS RENDAH DAN UNTUNG LEBIH 1000%

Isi Kandungan
·         Bisnes Air Balang: Kos Rendah Dan Untung Lebih 1000%·         …Baca Macam Best Kan, Tapi Senang Ke Nak Buat Bisnes Air Nie·         Modal·         Pengangkutan·         Persaingan·         Strategi Rahsia Memulakan Bisnes Air Balang
Anda perlu tahu satu perkara, menjalankan bisnes air memberikan keuntungan yang BESAR. Tambahan pula kos untuk menjalankan perniagaan ini agak rendah berbanding perniagaan yang lain.
Modal permulaan bawah RM1000 termasuk kos membeli peralatan seperti kanopi, meja dan balang air.
Manakala kos untuk membuat air lebih kurang RM100 setiap hari. Itupun bergantung kepada jenis air yang hendak dijual.
Anda lihat contoh pengiraan di bawah ini.
Kita ambil contoh jika anda mahu menjual air soya. Kos untuk membeli 1Kg Kacang Soya dan 2 beg ais adalah lebih kurang rm12 sahaja. Setelah diproses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air yang hendak dijual, kita boleh menjual sebanyak 120 cawan. Jika harga satu cawan air soya berharga RM1.00, jadi bermakna hasil jualan air soya sebanyak RM120. Jadi cuba lihat berapa peratus keuntungan yang anda dapat. Melebihi 1000% kan.
itu AM buat contoh untuk satu air sahaja, tidak mungkin anda ingin menjual satu jenis air sahaja kan..Jadi perkiraan mudah keuntungan adalah lebih 500% berbanding modal yang dikeluarkan.
…BACA MACAM “BEST” KAN, TAPI SENANG KE NAK BUAT BISNES AIR NIE

OK..Jangan excited sangat terus nak pergi kanopi dan balang air. Baca dulu maklumat paling penting AM kongsikan di bawah ini.
AM percaya anda sudah nampak bahawa bisnes ini amat menguntungkan. Tetapi percayalah di dalam perniagaan, tidak kiralah perniagaan apapun pasti ada cabaran dan rintangan yang perlu ditempohi. Apa yang ingin AM kongsikan ialah bagaimana menghadapi cabaran dan mengurangkan rintangan ketika anda memulakan bisnes air balang paling laris disepanjang ramadhan nanti.
Mungkin anda berkata jika jual tiga balang air dah boleh dapat RM7 000, kalau jual 21 balang air dah tentu boleh dapat RM49 000.Woww…
Memang betul. tetapi kita hendaklah menilai kemampuan diri terlebih dahulu dan cuba berfikir secara matang.
Perkara yang utama sekali yang perlu anda fikirkan ialah..
MODAL
Kita sambung cerita tadi, jika kita ingin menjual 21 balang air maka kita perlulah membeli 21 buah balang air juga. Kos satu balang ialah RM150. Kalau ingin membeli 21 balang sekali gus, kosnya ialah RM3150. Itu belum termasuk kos-kos yang lain seperti kanopi, meja dan tapak untuk meletakkan balang air yang banyak itu. Secara purata kosnya akan menjadi lebih kurang RM5 000 hingga RM6 000.
Mungkin bagi anda kos RM5000 hingga RM6000 merupakan perkara yang kecil dan anda mampu menyediakannya. Tetapi anda perlu lihat juga faktor lain di bawah ini.
PENGANGKUTAN
Bagaimana nak bawa 21 balang air tersebut ke tapak jualan. Nak sewa lori, nanti kena tambah kos lagi. Nak guna kereta sendiri dah tentu tak muat untuk diletakkan sekaligus. Kalau pakai kenderaan sendiri, kena ulang-alik pulak. Anda sanggup ke? Tetapi tak tahulah mungkin anda ada modal yang cukup untuk membeli lori. Logik ke hanya kerana nak bawa balang air ke tapak jualan terpaksa beli lori pulak.
Lagi satu…
PERSAINGAN
Nak tanya..boleh confirm ke semua balang tu habis dijual. Anda kena ingat, sebagai peniaga yang baru kita terpaksa bersaing dengan peniaga-peniaga yang lama. Mereka dah “otai” sudah ada pelanggan setia, jadi tidak hairanlah jika mampu menjual berpuluh-puluh air balang sehari.
Jadi akan ada kesukaran bagi peniaga baru untuk bersaing dengan mereka.
Kalau dah jual banyak sangat jenis, kita akan hilang kelebihan untuk menarik pelanggan. Kenapa? Sudah tentu akan berlaku persamaan jenis air yang dijual dengan peniaga yang lain. Apa akan jadi sekiranya air itu tawar ataupun masam, mungkin hanya sekali itu sahaja pembeli akan datang ke gerai kita.
jadi anda perlu tahu bagaimana…
§  Bagaimana nak tarik pelanggan?
§  Bagaimana nak jadikan air yang dibuat itu sedap?
§  Bagaimana untuk menjimatkan kos?
§  Lipat gandakan untung, walaupun hanya jual 3 air balang
§  Bagaimana memilih lokasi perniagaan yang strategik?

Banyak persoalan kan, tapi jangan risau ada panduan khas untuk memulakan bisnesair balang di bawah ini. Klik jer gambar di bawah.


Artikel Terkait


EmoticonEmoticon