Alhamdulillah..
Perkembangan
pembinaan Rumah Idaman AM sentiasa AM update demi perkongsian pengalaman AM
bersama sahabat semua. Bukan untuk menunjuk mahupun berlagak pandai. Sekadar
perkongsian untuk sahabat semua menjadikan panduan dan sempadan nanti.
Masih lagi
diberi kesempatan olehNya untuk meneruskan kerja-kerja mengecat Rumah Idaman AM
ini. Dan semalam juga isteri tercinta juga turut membantu bersama-sama
menyiapkan kerja-kerja Mengecat Bilik Tidur yang sebelum ini AM ada kongsikan.
Disebabkan
isteri yang turut membantu maka kerja-kerja mengecat ini sedikit sebanyak
mempercepatkan lagi proses mengecat. AM membahagikan kerja dengan isteri
melakukan kerja-kerja mengecat dinding dengan roller cat dan AM pun menggunakan
berus untuk mengecat bahagian atas dinding yang bersambung dengan siling kapur.
Ini kerana
AM memerlukan tangga untuk memanjat dan mengecat bahagian atas. Sedikit bahaya
untuk isteri lakukan walaupun kerja ini nampak senang tetapi fokus dan
ketelitian apa diperlukan juga.
Untuk isteri
pula, ini kali pertama beliau melakukan kerja mengecat ini berbanding AM yang
hampir sebulan lebih sudah. Bermula dengan Cat Alas Dalam Rumah dan Cat AlasLuar Rumah sehingga Siap Cat Alas. Sedikit kekoh dan tunjuk ajar dari AM dan Alhamdulillah
isteri mula melakukan kerja mengecat ini dengan tenang dan gembira.
AM juga
bersyukur mempunyai isteri yang sanggup berpeluh dan berpenat untuk mengecat
Rumah Idaman AM ini. Dengan melakukan kerja mengecat ini bersama
sekurang-kurang dapat melepaskan tekanan di tempat kerja dan juga mengeratkan
hubungan suami isteri.
Semoga
hubungan ini kekal sehingga jannah..Insyallah..
Selain itu
juga tukang tiles sudah menyambung kerja-kerja mereka yang telah tertangguh
hampir 2 minggu yang menyebabkan AM sendiri terpaksa menunda kerja-kerja lain.
Mereka telah
menyiapkan pemasangan tiles di bilik air bilik utama dan bilik air di ruang
dapur. Hanya pemasangan tiles di lantau sahaja belum dilakukan. AM hanya sempat
mengambil gambar di bilik air untuk bilik utama sahaja.
Semoga
perkongsian ini dapat membantu sahabat semua untuk membina Rumah Idaman sendiri
nanti.
Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

2 comments
Nieyl singgah petang...
membalas kunjungan AM...
Alhamdulillah...semoga dipermudahkan urusan di kediaman baru :)
Terima kasih singgah..
Insyallah akan dipermudahkan segalanya..
EmoticonEmoticon