Alhamdulillah..
Semalam sempat
AM menyambung kerja-kerja mengecat Rumah Idaman AM walaupun sebelah pagi
sedikit sibuk dengan kerja-kerja membeli beberapa bahan untuk menyiapkan Rumah
Idaman AM.
Antara bahan
yang sempat AM beli adalah wayar untuk kerja pendawaian elektrik yang akan
dilakukan oleh AM sendiri nanti bersama sahabat AM. Sekarang harga wayar pun
dah makin mahal mungkin kerana kejatuhan harga matawang ringgit Malaysia kot.
Sebelum ini AM ada kongsikan sahabat AM melakukan Kerja Awal Pendawaian Elektrik.
Selain itu,
tukang rumah juga minta AM belikan besi untuk kerja pemasangan siling kapur
untuk porch tangga AM yang dah siap. Sebelum ini AM ada kongsikan Porch TanggaSiap Dah..
Disebabkan
AM yang terpaksa membeli dan mengambil sendiri kesemua bahan tadi, memakan masa
sedikit sehingga tengahari. Selepas jam 12 tengahari baru sempat AM memulakan
kerja-kerja mengecat bilik tidur.
Warna yang
di pilih adalah Pinkkins 2612 dari Jotun juga. AM ada kongsikan Pemilihan CatColour Rumah Idaman AM.
AM hanya
sempat menyiapkan 1 bilik tidur sahaja keran masa yang agak terhad untuk
menyiapkan 2 bilik tidur kerana AM dah bermula agak lewat sedikit. Dibawah adalah
hasil daripada lapisan pertama sahaja.
Sebelah
bawah juga AM masih lagi menunggu tukang tiles untuk menyiapkan pemasangan
skitting tiles. Mungkin sedikit mencacatkan mata memandang. Nantikan hasil
akhir nanti. Masih ada 1 lapisan lagi yang belum AM lakukan.
Sebaik-baiknya
3 lapisan cat jika ingin hasil yang terbaik TAPI 2 lapisan sudah pun mencukupi.
AM sudah pun menyelesaikan kerja mengecat pada ruang tamu dan ruang keluarga
dengan 2 lapisan cat colour. AM ada kongsikan Cat Colour Ruang Keluarga dan Cat Colour Dalaman Rumah.
Semoga
perkongsian yang tak seberapa ini dapat membantu sahabat AM semua untuk memilih
cat untuk kerja-kerja mengecat Rumah Idaman masing-masing.
Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

EmoticonEmoticon