Rabu, 3 Ogos 2016

Rumah Idaman : Cat Colour Dalaman Rumah

Alhamdulillah..

Selesai sudah kerja-kerja mengecat cat alas pada bahagian dalam Rumah Idaman AM. Baca DISINI..

Boleh juga membaca kerja-kerja awal mengecat cat alas dalam Rumah Idaman AM DISINI dan juga kerja-kerja awal mengecat cat alas luar Rumah Idaman AM DISINI..

AM dan isteri juga telah memilih dan membeli cat colour untuk dalam dan luar Rumah Idaman AM. Baca DISINI..

Maka kerja-kerja mengecat bahagian dalam rumah AM bermula pada hari isnin yang lepas. Untuk permulaan ini AM mengajak sahabat AM untuk mengajar AM kerana kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Hihihihi..

Bukan senang nak dapat bantuan dari seorang sahabat AM nie kerana beliau sangat sibuk dengan urusan kerja yang jauh. Beliau juga salah seorang yang mendapat kelayakan dari syarikat cat jotun beberapa tahun lepas. Kira professional la nie.

Kebetulan pula AM juga telah membeli cat Jotun untuk cat colour Rumah Idaman. Dibawah adalah kerja-kerja beliau lakukan.. Untuk lapisan pertama, AM bagi kepada beliau untuk tunjukkan teknik dan cara yang betul kepada AM. Senang rupanya nak mengecat nie bila dah tahu teknik dan cara.

Rumah Idaman : Cat Colour Dalaman Rumah

Rumah Idaman : Cat Colour Dalaman Rumah


Sehari selepas beliau cat colour dalam rumah. AM pula melapis sekali lagi cat colour dan ini adalah cadangan daripda kedai dan kebanyakkan tukang cat juga akan melakukan 2 lapis cat colour. Jika masih belum berpuas hati maka lapisan ketiga pula.

Rumah Idaman : Cat Colour Dalaman Rumah

Rumah Idaman : Cat Colour Dalaman Rumah


Setakat ini AM bercadang untuk menggunakan 2 lapisan cat sahaja. Dibawah adalah antara hasil setelah 2 lapisan cat.


Semoga perkongsian mengenai cat colour ini dapat membantu sahabat semua mengenai colour yang AM gunakan untuk mengecat rumah sahabat semua. Perkongsian ini juga dapat memberi semangat kepada sahabat untuk membina Rumah Idaman sendiri nanti.


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

2 comments

Sangat membantu perkongsian ni. Senang nanti nak cat rumah sendiri.

Alhamdulillah...Semoga dapat membantu lebih lagi kepada orang lain..Sila share jika ianya bermanfaat..


EmoticonEmoticon