Rabu, 10 Ogos 2016

Rumah Idaman : Cat Colour Ruang Keluarga

Alhamdulillah..

Diam tak diam sudah lebih 4 bulan AM bina Rumah Idaman dan 4 bulan juga pelbagai cabaran dan dugaan di hadapi. Rumah Idaman AM masih lagi dalam proses pembinaan akhir sudah. Hanya kerja pemasangan tiles sahaja lagi yang memerlukan tukang.

Lain-lain kerja yang berbaki adalah kerja mengecat Rumah Idaman, pendawaian elektrik pula AM melakukan sendiri. Sekarang masih lagi menyiapkan kerja-kerja mengecat Rumah Idaman AM sebelah dalam. AM hanya melakukan kerja mengecat ini pada sebelah petang sahaja. Jika hujung minggu sempatlah AM melakukan kerja mengecat pada sebelah pagi dan petang.

Sebelum ini AM ada kongsikan beberapa artikel mengenai  kerja mengecat alas Rumah Idaman AM. 

Kerja mengecat alas dalam 
Kerjamengecat alas luar 
Kerja mengecat colour dalam

Semalam sempat juga AM menyambung kerja-kerja mengecat colour yang masih berbaki untuk ruang keluarga pula. Semasa sahabat AM dating tempoh hari AM tak sempat pun melakukan kerja-kerja mengecat yang halus iaitu antara dinding dan siling kapur. Macam mana nak jelaskan?

Tukang cat biasa menbahasakan “kerja-kerja motong dinding” atau juga “kerja-kerja mengutip cat dinding”. Mungkin gambar di bawah boleh menjelaskan ayat yang AM tuliskan. Gambar adalah AM sendiri yang melakukan kerja-kerja “memotong” cat dinding.

Rumah Idaman : Cat Colour Ruang Keluarga


Rumah Idaman : Cat Colour Ruang Keluarga

Hanya menggunakan berus cat yang halus sahaja, bersaiz 2inci adalah yang terbaik. Kerja-kerja ini memerlukan sedikit focus dan berhati-hati kerana siling kapur telah siap dicat sebelum ini. Boleh baca DISINI untuk kerja-kerja mengecat siling kapur.


Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM untuk melakukan kerja-kerja mengecat dengan sendiri atau DIY. Sekarang untuk kerja-kerja mengecat bukan lagi murah. Rumah Idaman AM yang berkeluasan 1170 kaki persegi pun tukang cat mengenakan harga RM 2 000 . Jika lakukan sendiri dan RM 2 000 sudah dapat dimasukkan ke dalam kos pendawaian nanti. DIY adalah cara penyelesaian yang murah dan menguntungkan kita semua.


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

4 comments

Alhamdulillah...Terima kasih..Masih dalam proses menyiapkan lagi..

wa... tahniah .. seronok ada rumah sendiri

Alhamdulillah...
Terima kasih..
Seronok itu pasti TAPI dalam keseronokan itu ada cabaran dan dugaan..


EmoticonEmoticon