Al kisah
membeli cat untuk Rumah Idaman AM ini cukup mengembirakan hati kerana Rumah
Idaman hampir nak siap sudah. Alhamdulillah..
Sebelum ini
AM ada kongsikan mengenai AM dan isteri memilih colour cat untuk kerja mengecat
Rumah Idaman AM. Pemilihan Cat Rumah Idaman AM
Apabila
kerja-kerja mengecat cat alas siap untuk dalam dan luar rumah, barulah rasa
lega di hati untuk memulakan kerja mengecat colour untuk Rumah Idaman. Makin
berbunga-bunga hati AM dan isteri bila nak cat colour nie.
Untuk
permulaan ini AM mengecat ruang tamu dan ruang keluarga dahulu. Pilihan cat
dari Jotun iaitu Dreamy 3224. Semasa memilih colour ini nampak cantik dan
elegan.
Apabila AM
dan sahabat memulakan kerja-kerja mengecat ini, AM sedikit terkeliru dengan
hasil yang dipamerkan. Boleh baca Cat Colour Dalaman Rumah AM untuk kerja awal
mengecat dalaman Ruamh Idaman AM.
Colour yang
terhasil adalah seperti dibawah ini..
Bukan
seperti yang AM harapkan.. Colour yang AM pilih sebelum ini menjadi seperti
colour qu puteh dari seri vida pulak. Adik AM sendiri pun cakap kenapa colour
jadi warna pinkki seperti DSV.
Rupanya….
Apabila malam dan gelap AM mencuba lampu LED yang baru beli untuk menguji
cahaya dan kesesuaian tempat untuk lampu, memberi colour yang AM harapkan pada
dinding ruang tamu.
Colour yang
kita pilih perlu berada 2 peringkat warna iaitu ketika siang hari iaitu colour
berada di bawah cahaya matahari sedikit berbeza dengan waktu malam apabila
suasana gelap dan hanya menggunakan lampu sahaja.
Harus di
ingat juga bahawa lampu yang kita pasang samaada ruang tamu, ruang keluarga
atau di mana sahaja perlu sesuai dengan pilihan colour cat yang telah kita
pilih. Kerna lampu sekarang bukan lagi mempunyai warna putih sahaja.. sekarang
lampu LED juga mempunyai warna kuning juga untuk menaikkan lagi seri sesuatu
ruang untuk kelihatan mewah.
Nasihat AM..
Pilih colour cat yang serasi dengan suasana ruang dan juga pencahayaan lampu
juga penting. Apabila kita memilih cat perlu difikirkan warna lampu yang bakal
kita beli nanti.
Semoga
perkongsian ini memberi sedikit inpirasi dan semangat untuk sahabat AM untuk
membina Rumah Idaman sendiri nanti.
Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

EmoticonEmoticon