Alhamdulillah…
Hujung
minggu kali ini AM berpeluang lagi untuk melakukan kerja-kerja mengecat Rumah
Idaman AM. Kali ini AM bercadang untuk mengecat luar Rumah Idaman pula.
Kesemua
kerja-kerja tukang untuk Rumah Idaman hampir 95% sudah siap sepenuhnya. Hanya
tinggal untuk kerja-kerja pemasangan pintu dan menyiapkan siling untuk porch
tangga sahaja lagi. Pembinaan Porch Tangga ada AM kongsikan sebelum ini.
Hampir
keseluruhan Rumah Idaman AM telah dicat dan hanya tinggal sebelah luar Ruamh
Idaman sahaja yang belum lagi dicatkan. Kerja-kerja ini AM lakukan sendiri
disamping dibantu oleh isteri dan adik-adik AM juga.
Untuk cat
luar Rumah Idaman AM, AM menggunakan cat Jotun Buttery Cream 1155.
Pada mulanya AM hanya berancang untuk
melakukan kerja mengecat ini perseorangan sahaja kerana tidak ingin menganggu
waktu rehat adik-adik AM. Kebelutulan pula adik maklum dia ingin membantu
sekali. Alhamdulillah..
Pada awal kerja mengecat ini hanya untuk
mengecat depan dan sisi sahaja. Akhirnya kesemua luar Rumah Idaman AM catkin.
Ini adalah lapisan pertama sahaja masih ada lapisan kedua dan mungkin lapisan
ketiga jika baget AM mencukupi nanti.
Disebabkan sebelah luar AM merancang
untuk menggunakan 2 warna yang berbeza maka kerja mengecat perlu dilakukan
untuk sebelah atas dahulu sebelum cat yang berbeza pada sebelah bawahnya pula.
Dibawah adalah hasil kerja AM dan adik pada hujung minggu.
Semoga perkongsian ini dapat membantu
sahabat semua untuk membina Rumah Idaman sendiri nanti.
Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

EmoticonEmoticon