Alhamdulillah..
Syukur
kepadaNya kerana masih lagi diberi peluang dan ruang untuk AM mencoretkan
sedikit sebanyak mengenai Rumah Idaman AM yang masih dalam proses akhir.
Kesempatan
yang diberi ini akan AM gunakan untuk berkongsi sebanyak yang mungkin mengenai
cabaran dan dugaan membina Rumah Idaman AM.
Semalam juga
AM mula mengecat ruang dapur Rumah Idaman AM yang tak seberapa luas iaitu
10kaki x 17kaki persegi sahaja. Dengan sedikit pengubahsuia pada berada
dapatlah penambahan pada ruang dapur AM sebanyak 4kaki x 6kaki persegi lagi.
Dengan
keluasan yang sedikit itu dapat AM letak mesin bansuh nanti. Bukan penambahan
itu yang AM nak kongsikan.
Apa yang AM
nak kongsikan adalah colour yang AM sendiri pilih untuk ruang dapur ini yang AM
pernah kongsikan sebelum ini iaitu Pemilihan Cat Colour Rumah.
Kebetulan
pula isteri sudah mula bekerja dan tak sempat membantu AM kali ini. Hanya 5
liter sahaja cat untuk ruang dapur ini. Masih lagi menggunakan cat dari Jotun
dengan kod Voss 6253 iaitu colour yang baru dari Jotun.
Pemilihan
colour ini kerana AM tertengok pada catalog warna yang agak cantik dan sesuai
untuk ruang makan. Dibawah adalah gambar lapisan pertama untuk cat colour ruang
dapur.
Selain itu
juga keluarga AM memaklumkan bahawa tukang tiles juga telah datang sebelah
malam sebelum AM mengecat ruang dapur ini iaitu 14.8.2016. Sebelum ini AM ada
kongsikan mengenai Tiles Bilik Air. Sebelah malamnya pula mereka datang lagi
untuk menyiapkan pemasangan tiles di dalam bilik tidur utama Rumah Idaman AM.
Ini kerana
AM meminta mereka menyiapkan segala kerja pemasangan tiles pada minggu ini juga
kerana pintu yang AM tempah telah siap dan sedia untuk di hantar ke Rumah
Idaman AM.
Pada artikel
semalam juga AM ada kongsikan Cat Bilik Tidur yang isteri AM bantukan tetapi AM
terlupa mengambil gambar hasil selepas kerja mengecat untuk bilik utama AM.
Semoga
perkongsian ini dapat membantu sahabat AM untuk memilih cat bagi setiap ruang
di dalam Rumah Idaman nanti.
Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

EmoticonEmoticon