Alhamdulillah..
Rumah Idaman
AM makin hampir siap walaupun menghadapai sedikit masalah dengan tukang
pemasang tiles kerana dia juga mengejar tarih akhir untuk rumah yang lain
sebelum menjelang hari raya korban nanti. Begitu juga dengan AM, nak juga
merasa tinggal Rumah Idaman sebelum raya korban tahun ini.
TAPI…
Itu bukan
penghalang untuk AM menyiapkan kerja-kerja mengecat Rumah Idaman walaupun masih
ada bilik tidur yang belum siap sepenuhnya pemasangan tiles.
Pada jumaat
yang lepas AM telah menyiapkan kerja-kerja mengecat siling kapur yang
tertinggal selepas kerja baikpulih oleh tukang Rumah Idaman AM semasa bulan
puasa yang lepas. Sebelum ini AM ada kongsikan Kerja Cat Siling Kapur semasa bulan puasa yang lepas.
Ini kerana
ada sedikit kerja yang kurang memuaskan hati AM dan isteri. Semasa mereka
memasang dan menyiapkan kerja akhir pemasangan siling kapur ada sedikit salah
faham antara pekerja dan tukang menjadikan kerja mereka sedikit cacat mata
memandang.
Apabila AM
mula mengecat menampakkan kesan daripada mereka menampal simen siling kapur
yang amat jelas. AM meminta mereka membaiki kembali dan kerja-kerja ini memakan
masa sehingga 2 minggu kerana sebuah Rumah Idaman AM perlu dibaiki. Nasib baik
kerja ini tukang melakukan kerja dengan lebih berhati-hati dan cermat.
Hasil akhir
adalah sebuah siling kapur yang licin dan cantik. TAHNIAH buat tukang Rumah
Idaman AM yang begitu memahami dan sanggup korbankan masa untuk membaiki
kesemua siling kapur Rumah Idaman.
Bukan senang
untuk membaiki siling kapur yang telah AM catkin kerana siling kapur menjadi
semakin keras dan tebal. Mereka memerlukan mesin untuk melicinkan kembali. Bagi
siling kapur yang belum AM cat sedikit mudah dengan hanya mengosok dengan
kertas pasir sahaja. Apabila di cat terus sempurna.
Nasihat AM :
Pastikan kita tuan rumah sentiasa memantau hasil kerja tukang rumah kerana
rumah itu bakal menjadi milik kita dan sebarang kecacatan akan kita nampak dan
kita akan melihat setiap hari. Semakin hari semakin sakit hati menjadi semakin
meluat. Kita juga yang akan kecewa.
Semoga
perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu sahabat AM semua untuk membina
Rumah Idaman sendiri nanti. Pengalaman AM jadikan sebagai panduan untuk tidak
melakukan kesilapan yang sama dengan AM lakukan.
Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

EmoticonEmoticon