Jumaat, 12 Ogos 2016

Rumah Idaman : Cat Siling Layar

Alhamdulillah..

Syukur kepadaNya di atas segala kemudahan dan kesenangan dalam pembinaan Rumah Idaman AM selama ini. Rumah Idaman belum lagi siap sepenuhnya lagi.

Jumaat yang lepas AM sempat juga melakukan kerja-kerja mengecat siling layar yang sudah lama siap. AM selesaikan dahulu kerja-kerja mengecat alas pada dinding dalam dan juga dinding luar Rumah Idaman AM.

Artikel mengenai kerja mengecat dinding dalam dan kerja mengecat dinding luar Rumah Idaman AM.

Untuk kerja mnegecat siling layar bahagian luar Rumah Idaman AM ini. AM menggunakan cat Nippon Q-Glo warna putih sahaja. Kuantiti adlah 15 liter sahaja. Mungkin akan ada lebihan nanti. Cat ini Am beli bersama dengan cat Nippon Satin Glo untuk kerja mengecat siling kapur. Kerja mengecat Siling Kapur.

Rumah Idaman : Cat Siling Layar


Alhamdulillah..

Untuk kerja mengecat ini AM telah siapkan sebahagian besar ruang siling layar ini yang mana bahagian rendah dan sampai untuk dicatkan. Lebihan nanti perlu dilakukan oleh pakar cat iaitu sahabat AM sendiri pada hujung minggu yang dia kelapangan nanti.

AM menyiapkan lapisan pertama sahaja untuk kali ini. Mungkin waktu dan ruang yang ada nanti akan dilakukan kerja mengecat untuk lapisan kedua pula. Mungkin apabila selalu kita lakukan kerja-kerja mengecat ini semakin kita mahir dan mudah untuk lakukan sendiri.
Rumah Idaman : Cat Siling Layar


Tanpa cubaan kali pertama, tidak mungkin ada ada cubaan yang kedua dan seterusnya. Kini setiap hari AM akan mengecat Ruamh Idaman dan setiap hari juga AM cuba membaiki kemahiran kerja mengecat.


Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat membantu sahabat semua untuk membina Rumah Idaman sendiri nanti.


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon