Ahad, 28 Ogos 2016

Rumah Idaman : Kerja 'Memotong' Cat Bilik Tidur

Alhamdulillah…
Hujung minggu yang agak memenatkan untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat Rumah Idaman AM lagi. Terasa begitu lama untuk AM menyiapkan mengecat Rumah Idaman AM kali ini. Ini pula Cat Bilik mula-mula AM lakukan.Ini pula seterusnya kerja mengecat Cat Bilik Tidur.

Ini kerana kerja-kerja yang dilakukan adalah kerja yang memerlukan fokus dan ketelitian bagi mencantikkan hasil kerja AM. Kerja ini kebanyakkan tukang mengecat memanggil nama “kerja memotong” atau “kerja mengutip” yang memberi makna kerja yang mengecat tempat yang mempunyai 2 atau lebih cat yang berbeza warna.

Contoh Rumah Idaman AM adalah antara dinding dan siling kapur yang berbeza warna. Selain itu bahagian luar Rumah Idaman AM juga mempunyai 2 warna yang berbeza maka kerja memotong juga perlu di lakukan diantara 2 warna tadi.


Pada jumaat yang lepas, AM cuba menyiapkan kerja-kerja memotong dinding bilik tidur dan tandas yang belum AM siapkan sebelum ini.

Rumah Idaman : Kerja Memotong Cat Bilik Tidur


Rumah Idaman : Kerja Memotong Cat Bilik Tidur

Bagi bilik tidur utama, AM perlu lagi menyiapkan kerja memotong menggunakan sealer yang masih ada selepas kerja pemasangan sketing tiles yang telah disiapkan oleh tukang tiles.

Rumah Idaman : Kerja Memotong Cat Bilik Tidur

Masih ada 1 bahagian dinding bilik tidur utama yang AM tinggalkan, ini kerana AM dan isteri masih lagi berfikir untuk mengubah warna bagi dinding ini. Isteri merancang untuk memberi warna yang berbeza untuk memberi ruang dinding focus katanya. Tunggu warna apa yang isteri AM akan pilih pulak.

Rumah Idaman : Kerja Memotong Cat Bilik Tidur

Rumah Idaman : Kerja Memotong Cat Bilik Tidur

Begitu juga dengan bilik tidur 2 yang masih berbaki sebelum ini. AM menunggu tukang tiles untuk menyiapkan sketing tiles yang mereka tinggalkan selepas kerja pemasangan tiles yang dulu. Mereka telah menyiapkan dan AM perlu mengejar mereka untuk menyiapkan kerja mengecat sealer sebelum AM mengecat warna pula.

Rumah Idaman : Kerja Memotong Cat Bilik Tidur

Rumah Idaman : Kerja Memotong Cat Bilik Tidur

Rumah Idaman : Kerja Memotong Cat Bilik Tidur

Kerana tukang tiles memasang kesemua sketing bilik tidur pada sebelah malam, AM terpaksa bekerja dengan pantas bagi menyiapkan kerja mengecat kerana isteri nak juga jika boleh untuk tinggal di Rumah Idaman pada raya haji nanti.

Kesemua bilik tidur dapat disiapkan pada sebelah pagi jumaat yang lepas. Kepenatan yang teramat apabila mengejar masa untuk solat jumaat pula. Akhirnya selesai juga kerja-kerja memotong sealer di bilik tidur.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat semua bagi membina Rumah Idaman sendiri nanti.

Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

2 comments

memang pening bila nak membuat keputusan memilih warna cat...melainkan kalau ada yang kreatif...bagus juga ada tips dekorasi ini

Bab memilih warna nie AM memang serah kat isteri terus..

AM memang tak pandai nak pilih warna nie..HUhuhu


EmoticonEmoticon