Alhamdulillah..
Sebelum ini AM ada kongsikan kerja-kerja membuat porcs tangga Rumah Idaman AM. Baca DISINI. Semalam
sempat pula AM dan isteri jejalan ke kedai hardware untuk usha-usha beberapa barang
aksesori rumah yang bakal diduduki tak lama lagi.
Target utama
adalah barang-barang untuk pintu utama, pintu bilik tidur dan pintu di dapur
rumah.
Pilihan
kedai yang utama pula adalah MBJ Bina Jaya di Kota Bharu. Kenapa MBJ bukan
kedai lain? Pilihan yang ada pada kedai ini memberi banyak pilihan untuk
sesuatu barang yang AM perlukan.
Selepas
waktu bekerja AM, isteri dating jemput dan terus ke kedai MBJ Bina Jaya. Sampai
je terus nampak tanda jenama St Guchi untuk barang-barang pintu. Semuanya ada
disini…
Pilihan yang
banyak sehingga isteri pun tak tahu nak pilih yang mana. Akhirnya buka dompet
tengok baget juga.
AM sempat
juga ambil beberapa gambar semasa isteri AM memilih dan beberapa barang yang di
ambil. Alhamdulillah, walaupun terlebih baget sedikit tapi pilihan yang diambil
memberi kepuasan dan juga keselamatan kepada Rumah Idaman AM nanti. Insyallah..
Dibawah
adalah antara gambar yang sempat AM ambil. Untuk gambar barang-barang nanti AM
akan ambil untuk rujukan sahabat semua.. Insyallah
AM ingatkan selak pintu hanya saiz sahaja yang berbeza-beza rupanya bahan membuat juga berbeza dengan harga yang berbeza. Nak memilih selak ini pun dah pening apatah
lagi nak memilih tombol pintu.Huhuhu
Untuk tombol pintu boleh lihat-lihat pada contoh yang ada dahulu, boleh raba-raba, boleh sentuh-sentuh, boleh rasa-rasa dahulu. Dah serasi boleh lak check stok kat bawah Kekadang ada juga sample je tapi stok pula tak ada, bab nie memang sedih gila la..Huhuhu..
Paling selamat sample ada tapi harga mahal dan stok tak ada, perrrhhh..Lega tau x habis duit banyak..Hahahaha
Dah pilih dan check semua barang dah ada, buat bil dan bayar sahaja, time bayar nie baru terasa duit dah habis.. Untuk barang ini sahaja dah melayan RM 1560.80 dahhhhh
Semoga
perkongsian ini dapat membantu sahabat semua untuk membuat pilihan ketika
membeli barag-barang untuk kerja-kerja pemasangan pintu rumah nanti.
Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

2 comments
wow
Huhuhuhu...dah botak kepala dah nie..
EmoticonEmoticon