Alhamdulillah..
Sebelum ini
AM ada kongsikan sedikit pengubahsuaian yang AM dan isteri lakukan untuk
tamabahan aksesori pada tingkap rumah. Penambahan adalah bingkai atau folder
untuk setiap tingkap Rumah Idaman AM. Boleh baca DISINI..
Bingkai ini
adalah penambahan untuk mencantikkan lagi Rumah Idaman dan penambahan kos juga.
Untuk kerja-kerja menyiapkan bingkai ini masa yang diambil adalah 3 hari dengan
seorang tukang dan seorang pekerja. Kerana ini adalah penambahan dan tiada di
dalam kontrak pembinaan Rumah Idaman. Tukang telah meminta sebanyak RM 450
untuk menyiapkan semua bingkai tingkap.
SELESAI….
SEtelah
semua selesai, tukang mula melakukan kerja-kerja konkrit untuk kaki lima pula.
Kerja ini sudah termasuk di dalam kontrak dengan tukang rumah. Disini beberapa bahan
diperlukan seperti batu kerikil, pasir dan simen perlu dibeli pula kerana semua
bahan ini sudah kehabisan. Habis duit lagi..
Hanya beberapa
hari sahaja diperlukan oleh tukang untuk menyiapkan kerja-kerja konkrit dan
juga kerja kemasan dengan menggunakan air simen sahaja.
Dibawah
adalah antara kerja-kerja yang dilakukan..
Semoga perkongsian
ini dapat membantu sahabat AM untuk membina Rumah Idaman dengan sendiri.
Pengurusan sendiri bahan dan tukang mampu memberi kelebihan kepada kita untuk
menyiapkan Rumah Idaman dengan baget yang kita miliki sahaja.
Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

EmoticonEmoticon