Isnin, 29 Ogos 2016

Rumah Idaman : Pemasangan Tiles Kabinet Dapur

Alhamdulillah…

Perkembangan Rumah Idaman AM, makin hampir kepada penghujungnya tak lama lagi. Masih lagi berbaki kerja-kerja yang kecil-kecil sahaja. Ketika inilah duit keluar seperti air terjun pula tetapi hasil tak berapa nak nampak.Huhuhu..

Sebelum ini AM ada kongsikan kerja “memotong” mengecat dinding bilik tidur Rumah Idaman AM. Sabtu pula tukang tiles memulakan kerja pemasangan tiles untuk kabinet dapur pula.

Sebelum AM cerita bab pemasangan tiles di kabinet. Sebaiknya AM maklumkan kepada sahabat semua mengenai bayaran yang tukang tiles kenakan untuk pemasangan tiles kabinet dapur ini.

AM dah maklumkan kepada tukang tiles untuk mengira jumlah keseluruhan pemasangan tiles Rumah Idaman AM ini. Harga yang keluar selepas pengiraan tukang tiles masih lagi dalam baget AM peruntukkan.

Sifir yang paling mudah tukang rumah maklumkan adalah:-

Jumlah Harga Tiles = Jumlah Upah Pemasangan Tiles

Ini adalah pengiraan secara kasar sahaja. Pengiraan detail perlulah merujuk kepada tukang pemasangan tiles nanti.

Bagi kabinet dapur Rumah Idaman AM pula adalah berharga RM36/kaki persegi. Harga ini memang berganda daripada harga pemasangan tiles untuk lantai Rumah Idaman AM iaitu RM1.50/kaki persegi.

Kenapa sehingga RM36/kaki persegi???

Jika sahabat semua tak melihat dengan sendiri kerja yang mereka lakukan untuk pemasangan tiles untuk cabinet memang mahal gila harga yang diberi.

Alhamdulillah.. Berkesempatan untuk melihat kerja mereka dan memerhati mereka melakukan kerja ini. AM akui kerja yang mereka lakukan dengan upah yang mereka terima cukup berbaloi dan amat-amat murah dah. Kenapa lak?

Jom AM tunjukkan langkah-langkah untuk menyiapkan cabinet dapur Rumah Idaman AM seperti dibawah ini. 




Ini adalah hasil kerja mereka yang hampir siap untuk kabinet dapur Rumah Idaman AM.Sebelum itu harga untuk sekeping tiles yang AM gunakan untuk kabinet dapur adalah RM28/keping dan jumlah keseluruhan adalah 11 keping. Tiles ini juga sebenar telah siap mesin pada tepinya. Harga sedikit mahal tetapi berbaloi jika nak dibanding untuk tukang tiles mesinkan nanti.



Kerja pemasangan ini bermula dengan menyapu campuran susu + gam + simen yang telah siap dibancuh dari kilang. 1 beg susu tiles ini adalah RM28 dengan berat 25kg. Kerja menyapu campuran ini pula bermula sehari sebelum kerja-kerja pemasangan tiles pada kabinet dapur Rumah Idaman AM.


Pada keesokkan harinya, tukang memulakan kerja pemasangan tiles kabinet dengan menyusun beberapa keping tiles di atas kabinet dapur untuk melihat urat yang hampir sama atau seakan sama untuk mencantikkan lagi setelah siap nanti. AM juga turut membantu untuk menyusun suai kedudukan tiles. Sedikit berat tiles ini kerana lebih tebal berbanding dengan tiles lain di Rumah Idaman AM. 


Paling rumit atau susah untuk dilakukan dengan tiles ini adalah bahagian singki yang memerlukan ketelitian dan fokus yang tinggi ini kerana jika tersilap maka tiles yang dah dipotong tidak boleh digunakan lagi. Tukang tiles menggunakan 2 keping tiles untuk digunakan pada singki Rumah Idaman AM. Untuk menyediakan 2 keping ini sahaja sudah memakan masa hampir 4 jam untuk disiapkan. Disini la kenapa harga pemasangan tiles untuk kabinet dapur menjadi mahal. 


Ini adalah hasil setelah seharian tukang tiles melakukan pemasangan tiles pada kabinet dapur Rumah Idaman AM. Masih berbaki lagi kerja-kerja pemasangan tiles kabinet dapur Rumah Idaman AM. Hasil yang diberi oleh tukang tiles amat memuaskan hati AM dan isteri. Hasil yang teliti dan kemas. Berbaloi AM tunggu tukang tiles selama sebulan sebelum ini.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM untuk membina Rumah Idaman sendiri dan memberi sedikit ilmu kepada sahabat semua.




Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

6 comments

Singgah pagi isnin...
cantik²...x sabar nak tgk bila dah siap semuanyaaa...

Terima kasih singgah cik nieyl...
Alhamdulillah...

Lawa nya tiles tu AM...terrr berkenan la puloks.. hehehhehe

Berapa bajet AM utk ni? Saiz bape? L shape eyh?

Ada lagi yang lawa2..Huhuhu..

baget untuk kesemua atau kabinet sahaja? baget keseluruhan dalam RM5000 tapi tukang dah maklum dalam RM 4300 je.. bentuk L shape..panjang 10kaki dan 6kaki je..lebar 2 kaki untuk sekeping tiles


EmoticonEmoticon