Rabu, 31 Ogos 2016

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Alhamdulillah…

Pada ahad yang lepas Rumah Idaman AM telah siap pasang tingkap yang ditempah pada awal pembinaan Rumah Idaman AM.

Kerana AM mengalami sedikit Kafarah dariNya pada awal pembinaan Rumah Idaman AM, maka proses kerja pemasangan frame tingkap Rumah Idaman AM tertinggal untuk di update kepada sahabat semua.

Sebenarnya sebelum AM mengambil keputusan untuk menempah tingkap Rumah Idaman AM ini sudah beberapa kedai cermin yang AM bertanya dan akhirnya AM memilih kedai cermin yang berdekatan dengan Rumah Idaman AM sahaja.

Harga juga adalah sedikit murah berbanding dengan kedai yang lain. Bagi harga frame silver dan frame hitam adalah harga sama iaitu RM15.50/kaki persegi, manakala bagi harga frame putih yang cantik bersama dengan cermin hijau pula adalah RM21/kaki persegi.

Kenapa AM cakap murah??

Ada sesetengah kedai meletakkan harga yang mahal iaitu frame silver berharga RM16/kaki persegi, frame hitam pula RM16.50/kaki persegi dan frame putih bersama cermin hijau adalah RM27/kaki persegi.


AM telah memilih frame hitam dan cermin hitam juga. Pilihan yang berbeza daripada kebiasaan rumah yang biasa di bina. 

Antara gambar yang sempat AM ambil selepas pekerja kedai cermin memasang frame tingkap Rumah Idaman AM. 

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Tingkap labuh Ruang Tamu Rumah. 

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Frame Tingkap Bilik Tidur Utama

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Frame Tingkap Belakang Rumah 

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Frame Tingkap Ruang Keluarga. 

Ini lupa selepas siap tingkap dipasang sepenuhnya pada ahad yang lepas. Kebetulan pula AM bekerja dan sebelah petangnya mereka masih lagi menyiapkan kesemua tingkap yang ada. Kepantasan bekerja mereka boleh dipuji dan pantas. 

Hasil kerja mereka memasang tingkap di Rumah Idaman AM.

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah


Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah


Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah


Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah


Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah


Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah


Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah

Rumah Idaman : Pemasangan Tingkap Rumah


Kos keseluruhan untuk pemasangan frame dan tingkap ini adalah RM 4 400 untuk sebuah Rumah Idaman AM. Kos semakin meningkat dengan peningkatan kos bahan dan juga kos upah.

Nasihat AM, berkunjung dan bertanyalah banyak kedai cermin untuk mendapat harga yangterbaik untuk Rumah Idaman sahabat semua. Perlu juga melihat hasil kerja mereka juga. 


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait

10 comments

Suka warna cat dalam rumah tu!

Boleh bagi no orang buat tingkap tu?

0129553306 - Tukang Cermin Rumah Idaman AM

Tanpa Nama delete 21/2/17

Tuan yg luar tu timbul sikit tu dia simen ke atau ape ye?

Frame tingkap untuk hiasan..Tukang buat menggunakan simen tuan..agak rumit sikit tapi berbaloi untuk dilakukan..

Boleh dptkan number kedai tingkap tu. Dimana ya? 0123993947

0129553306 - Tukang Cermin Rumah Idaman AM

Kedai beliau di kg. chicha menyabong,sering

Apa-apa call sahaja no di atas


EmoticonEmoticon