Selasa, 9 Ogos 2016

Rumah Idaman : Porch Tangga dan Tukang Mozek

Alhamdulillah..

Semalam tukang rumah call AM maklumkan mereka dating bekerja untuk menyiapkan porch tangga Rumah Idaman AM. Sebelum ini AM ada kongsikan kerja-kerja membuat porch tangga. Baca DISINI

Sebelah petang pula tukang call lagi memaklumkan atap gentip yang ayah AM punya tak cukup untuk porch tangga Rumah Idaman. Dalam hati terdetik dah banyak ke yang tak cukup ini?? Kebetulan pula isteri AM pun masih lagi bercuti.

Terus ajak isteri melawat Rumah Idaman AM, rupanya tak banyak yang tak cukup sekitar 80 keping sahaja. Kebetulan tukang rumah juga ada kedai hardware yang dah biasa ambil barang.

Rumah Idaman : Porch Tangga dan Tukang Mozek

Rumah Idaman : Porch Tangga dan Tukang Mozek


Terus bawa tukang pergi beli atap getting yang tak cukup. Ingatkan boleh angkut gan pajero ayah AM je.. Rupanya tersalah faham pula. Mereka kena hantar la hari ini.

Atap genting yang AM gunakan adalah dari monier. Harga bagi sekeping atap adalah RM 2.20/keping.

Semasa AM dalam perjalanan nak dating kerja, pekerja kedai dah hubungi AM maklumkan mereka dah nak sampai e tapak Rumah Idaman AM dah. Hari ini sampai dan esok tukag boleh siapkan kerja-kerja mereka.

Semalam juga mendapat kejutan daripada tukang pasang mozek, mereka datang pada jam 10 malam tadi. Mak AM pun terkejut juga. Mereka datang untuk menyiapkan 2 bilik tidur untuk dipasang dan disiapkan.

AM juga sempat datang melawat mereka semasa mereka bekerja semalam. Dengan 2 orang tukang dan 2 orang pembantu, mereka sempat siapkan 2 bilik tidur. Mungkin mala mini mereka akan datang lagi.


Semoga perkongsian yang tak seberapa ini dapat membantu sahabat semua untuk membina Rumah Idaman sendiri nanti.


Mungkin ada yang berminat dengan Teknik Dekorasi Anggun Dengan Harga BAGET !!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon